SHAH ALAM - Fenomena global terbitan Netflix, 'KPop Demon Hunters' kini menjejakkan kaki ke Malaysia menerusi pembukaan kedai pop-up eksklusif di Genting SkyWorlds Studio Plaza bermula 20 Februari hingga 15 Mac ini.Inisiatif dengan kerjasama Netflix yang dikendalikan oleh bemyfriends mengalu-alukan peminat untuk menyelami dunia filem animasi popular itu termasuk kelab fandom global rasmi 'HUNTR/X' dan 'Saja Boys' menerusi pengalaman interaktif yang ditawarkan.Kedai pop-up yang berlangsung di Resorts World Genting itu menawarkan pelbagai barangan rasmi eksklusif seperti pakaian, aksesori, alat tulis, koleksi pelekat, loket kunci, cenderamata serta beg.Turut ditampilkan koleksi istimewa memaparkan watak Derpy dan Sussie bersama karakter popular lain daripada filem berkenaan, sekali gus menjadikannya lokasi wajib kunjung bagi peminat tegar.Selain membeli-belah, pengunjung berpeluang menikmati pengalaman interaktif termasuk meneroka rak barangan terpilih, menyaksikan pameran eksklusif, bergambar di zon foto berlatar belakang figura karakter, selain mengunjungi ruang khas yang menampilkan elemen visual jenama berkenaan.Kedai pop-up 'KPop Demon Hunters' itu akan beroperasi setiap hari bermula jam 10 pagi hingga 10 malam.