DAP gesa rakyat persoal ahli Parlimen tak hadir, sokong pindaan had tempoh jawatan PM

SHAH ALAM - Masyarakat sivil dan pengundi perlu mengecam serta mempersoalkan ketidakhadiran ahli Parlimen termasuk blok pembangkang di Dewan Rakyat susulan keengganan mereka dalam menyokong Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2026 bagi mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun.Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata, pihaknya berasa amat dukacita dengan keputusan undian dilaksanakan sebentar tadi berikutan hanya 146 ahli Parlimen yang menyatakan sokongan.Menurut beliau, untuk meluluskan sesuatu pindaan memerlukan sokongan dua pertiga atau 148 ahli Parlimen yang hadir secara fizikal."Keputusan yang menyokong hanya 146 iaitu kurang dua undi untuk mencapai dua pertiga."Saya ingin menegaskan bahawa kesemua 40 Ahli Parlimen DAP hadir untuk menyokong pindaan tersebut."DAP berusaha secara bersungguh-sungguh untuk merealisasikan agenda reformasi ini," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan, Dewan Rakyat tidak meluluskan RUU Perlembagaan (Pindaan) 2026 untuk mengehadkan tempoh 10 tahun bagi jawatan Perdana Menteri.Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata, RUU itu gagal memperoleh sokongan dua pertiga ahli Parlimen apabila hanya sejumlah 146 ahli Parlimen menyokong, 44 ahli Parlimen tidak mengundi manakala 32 selebihnya tidak hadir.