KUALA LUMPUR, 3 Mac – Malaysia dan Perancis kini berada dalam fasa akhir untuk memuktamadkan dokumen perjanjian baharu yang dijangka memperluas skop kerjasama pertahanan kedua-dua negara, sekali gus memperkukuh hubungan strategik bagi memastikan kestabilan dan keselamatan serantau. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata perkara itu dibincangkan dalam pertemuan sempena kunjungan hormat Duta Besar Perancis ke Malaysia yang baharu, [...]