Mekanik didakwa tiga pertuduhan amang seksual fizikal kekasih bawah umur

KOTA BHARU – Seorang mekanik berusia 28 tahun didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap kekasihnya yang berusia 16 tahun.Tertuduh Mohamad Ikhmal Abd Fatah bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zulkifli Abllah.Mengikut pertuduhan pertama, lelaki itu didakwa melakukan amang seksual fizikal dengan maksud seksual terhadap remaja itu di sebuah rumah di Sungai Rek pada jam 4.15 pagi, 14 Januari lalu.Bagi pertuduhan kedua dan ketiga, dia didakwa melakukan jenayah sama terhadap mangsa di lokasi yang sama pada jam 2 pagi, 24 Januari lalu serta jam 11 malam, 14 Februari lalu.Kesemua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Syazalia Che Suhaimin, manakala tertuduh diwakili peguam Wan Amani Wan Azmin.Pada prosiding itu, Syazalia tidak menawarkan jaminan terhadap tertuduh kerana tuduhan serius yang dihadapi."Mangsa yang tidak bersekolah tinggal bersama neneknya di Manek Urai Lama, kira-kira 20.3 kilometer dari kediaman tertuduh di Sungai Rek."Kedua-duanya dipercayai menjalinkan hubungan sebagai pasangan kekasih dan tinggal dalam daerah sama," kata beliau.Wan Amani bagaimanapun memohon mahkamah memberikan jaminan munasabah dengan alasan anak guamnya memberi kerjasama baik sepanjang siasatan, mempunyai alamat tetap serta berjanji tidak akan mengganggu mangsa."Tertuduh yang juga anak kedua daripada tujuh beradik tinggal bersama datuknya sejak 2020 bagi menjaga warga emas itu," kata Wan Amani.Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin beserta syarat tambahan iaitu melapor diri di balai polis setiap dua bulan, tidak mengganggu mangsa dan saksi serta memaklumkan kepada mahkamah sekiranya bertukar alamat.Datuk dan ibu tertuduh hadir di mahkamah bagi urusan jaminan.Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 5 April depan.