Ziarah Kasih Ramadan UMNO Labuan Santuni 320 Penerima, Ringankan Beban Penerima

LABUAN, 3 Mac – Program Ziarah Kasih Ramadan anjuran UMNO Bahagian Labuan diteruskan lagi tahun ini dengan menyasarkan seramai 320 penerima di seluruh pulau ini, sekali gus membantu meringankan beban golongan memerlukan sepanjang bulan Ramadan. Ketua UMNO Bahagian Labuan, Datuk Mohd Rafi Alli Hassan berkata, program yang memasuki edisi ke-18 itu dilaksanakan menerusi gerakan Zon-Zon dan UMNO Cawangan bagi memastikan [...]