PETALING JAYA – Jenama suplemen kesihatan, Redoxon mengagihkan sebanyak 500 pek iftar percuma kepada pengunjung Bazar Ramadan Kelana Jaya pada Jumaat.Sumbangan tersebut diadakan bersempena penganjuran program Redoxon Riuh Bazar: Dari Sahur Hingga Iftar, Nutrisi Penuh Makna, sekali gus memeriahkan sambutan Ramadan tahun ini dengan pendekatan menyantuni komuniti setempat.Sebanyak 500 pek iftar tajaan Redoxon diagihkan, dengan setiap pek makanan dibeli terus daripada peniaga bazar sebagai usaha menyokong dan memperkasakan ekonomi usahawan industri kecil dan sederhana (IKS).Daripada jumlah keseluruhan itu, 300 pek iftar diberikan kepada pengunjung bazar, manakala 200 pek lagi disampaikan oleh rider misi ke rumah kebajikan serta barisan hadapan di sekitar kawasan penganjuran.Antara lokasi yang menerima sumbangan berkenaan termasuk Persatuan Anak Yatim Dan Ibu Tunggal Nur Hikmah, Taman Medan; Persatuan Rumah Kebajikan Anak-anak Yatim Dan Ibu Tunggal (Hajah Kamariah; Rumah Titian Kaseh Titiwangsa Kuala Lumpur; Rumah Jagaan Kasih Murni, Datuk Keramat Kuala Lumpur serta Balai Bomba dan Penyelamat Sentul.Pengunjung turut diberikan sampel percuma produk Redoxon Triple Action dengan Formula Tindakan Tiga, yang mengandungi vitamin C,vitamin D dan zink membantu menyokong kesihatan menyeluruh untuk tubuh badan.Bantu peniaga bazar RamadanSalah seorang peniaga bazar, Azriq Izran Mohd Hassan, 32, berterima kasih kerana sokongan yang diberikan oleh Redoxon terhadap usahawan di bazar Ramadan tahun ini."Saya telah berniaga di bazar Ramadan ini selama 15 tahun. Saya terharu dan bersyukur kerana Redoxon memberikan sokongan kepada kami."Program anjuran Redoxon ini lain dari yang lain kerana mereka beri sokongan dari gerai ke gerai, sekali gus mempromosikan perniagaan kami," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.Azriq Izran telah menyediakan sebanyak 100 pek makanan untuk pengagihan di bazar tersebut.Sementara itu, peniaga martabak di bazar itu, Ayu Chahyani terkejut kerana tidak menyangka Redoxon membeli sebanyak 100 murtabak untuk diagihkan kepada orang ramai dalam program tersebut.Menurutnya, pembelian itu disifatkan sebagai salah satu bentuk limpahan rezeki luar jangka sempena Ramadan tahun ini."Saya gembira dengan permintaan Redoxon kerana kita dapat berkongsi rezeki dengan pengunjung yang datang ke bazar Ramadan pada hari ini."Saya juga terkejut pada awalnya apabila mendapat tempahan sebanyak 100 murtabak itu daripada Redoxon. Alhamdulillah ia sedikit sebanyak membantu peniaga bazar seperti saya dalam menjana pendapatan," ujarnya.Dalam pada itu, peniaga, Siti Rahmadhani Muhamad Zain turut menzahirkan penghargaan kepada Redoxon kerana memilih perniagaannya untuk membekalkan pek iftar kepada pengunjung.Siti Rahmadhani turut menyatakan harapan supaya penganjuran program pengagihan makanan seperti ini dilaksanakan lagi pada tahun akan datang."Program ini sesuai diadakan terutama pada bulan Ramadan ini kerana ia dapat membantu mereka yang memerlukan."Saya harap semoga program tersebut dianjurkan setiap tahun untuk membantu peniaga bazar dan juga orang ramai," katanya.Sinar Harian dekati masyarakatDi samping itu, Ketua Bahagian Pemasaran dan Komersial Sinar Harian, Rosli Ahmad berkata, program berkenaan merupakan sebahagian daripada inisiatif Sinar Harian yang komited mendekati masyarakat melalui platform Riuh Bazar sepanjang Ramadan.Ujar beliau, selain agihan pek iftar, Sinar Harian turut melaksanakan inisiatif tambahan dengan menyampaikan sumbangan beras Cap Astana kepada golongan asnaf sekitar Kelana Jaya untuk membantu meringankan beban keluarga yang memerlukan."Selepas Kelana Jaya, Riuh Bazar akan diteruskan ke Kota Damansara, Taman Medan dan Stadium Shah Alam bagi siri bersama Redoxon sebelum menjelajah ke lokasi lain dengan kerjasama penaja berbeza."Riuh Bazar bukan sekadar acara memeriahkan Ramadan, sebaliknya menjadi manifestasi komitmen Sinar Harian dalam membawa suara rakyat lebih dekat, sekali gus menggalakkan masyarakat kekal sihat sepanjang Ramadan bersama Redoxon," ujarnya.Reaksi"Alhamdulillah, terima kasih kepada Redoxon kerana mengagihkan pek makanan berbuka puasa secara percuma."- Mahasiswa institusi pengajian tinggi swasta (IPTS), Nur Alya Jannah Azhar, 19"Saya berterima kasih kepada Redoxon kerana inisiatif pemberian sampel vitamin secara percuma ini merupakan langkah terbaik mempromosikan produknya."-Peniaga, Aisar Al Hady Udin, 20