IPU, CPA Platform Perkukuh Peranan Parlimen Malaysia Di Peringkat Antarabangsa

KUALA LUMPUR, 3 Mac – Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) Inter-Parliamentary Union (IPU) Kumpulan Malaysia dan Commonwealth Parliamentary Association (CPA) Cawangan Malaysia menjadi medan penting dalam memperkukuh peranan serta penglibatan Ahli Parlimen Malaysia di peringkat antarabangsa. Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad memaklumkan mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Awang Bemee Awang Ali Basah selaku Yang Dipertua Dewan Negara. [...]