CRISTIANO Ronaldo disahkan masih berada di Arab Saudi selepas gambarnya bersama rakan sepasukan Al-Nassr dirakamkan pada awal pagi Rabu, sekali gus menamatkan spekulasi kononnya beliau telah melarikan diri dari negara berkenaan susulan konflik yang semakin meruncing di rantau itu.Sebelum ini, keberadaan pemain berusia 41 tahun tersebut menjadi tanda tanya selepas jet peribadinya dikesan meninggalkan negara itu pada Selasa.Bagaimanapun, desas-desus itu terjawab apabila kelabnya, Al-Nassr memuat naik sekeping gambar Ronaldo di pusat latihan menerusi laman X.Perkara itu menyusul selepas satu video yang memaparkan penyerang tersebut sedang melakukan senaman di gimnasium dimuat naik pada Selasa.Dalam perkembangan sama, Ronaldo nampaknya tidak akan beraksi dalam masa terdekat selepas kelab mengesahkan beliau sedang menderita kecederaan hamstring."Cristiano Ronaldo telah disahkan mengalami kecederaan hamstring selepas perlawanan terakhir menentang Al-Fayha."Beliau telah memulakan program pemulihan dan akan dinilai dari hari ke hari," kata kenyataan ringkas kelab itu.Pemain yang meraih pendapatan lumayan bersama kelab Liga Pro Saudi itu terpaksa dikeluarkan ketika kemenangan 3-1 ke atas Al-Fahya pada Sabtu lalu.Situasi itu menimbulkan kebimbangan mengenai tahap keseriusan masalah otot yang dialaminya, apatah lagi dengan saingan Piala Dunia yang semakin hampir.Sementara itu, perlawanan suku akhir Liga Juara-Juara Asia Dua antara Al-Nassr menentang Al-Wasl terpaksa ditangguhkan akibat konflik peperangan yang semakin meningkat di Asia Barat.Riyadh, lokasi di mana Ronaldo menetap bersama pasangannya, Georgina Rodriguez dan lima anak mereka dilaporkan turut menjadi sasaran.Kedutaan AS di ibu kota Arab Saudi turut dilanda dua serangan dron pada malam Isnin manakala media kerajaan Iran mendakwa sebuah bangunan pusat arahan dan kakitangan di Bahrain juga telah dimusnahkan.Keadaan itu menyaksikan ramai warga luar negara yang berada di Asia Barat melarikan diri dengan dakwaan Ronaldo turut meninggalkan Arab Saudi menerusi butiran penerbangan jet menuju ke Madrid yang tular di internet.Data pengesan penerbangan menunjukkan pesawat Bombardier Global Express itu melakukan perjalanan hampir tujuh jam ke ibu negara Sepanyol.Jet peribadi mewah itu berlepas pada jam 8 malam waktu Arab Saudi dan tiba pada hampir jam 1 pagi waktu Sepanyol.Menerusi aplikasi Flightradar24, laluan penerbangan jet Ronaldo dikesan merentasi ruang udara Mesir dan Laut Mediterranean sebelum tiba di Sepanyol.