SPRM buka 2 kertas siasatan susulan audit UKM

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuka dua kertas siasatan berhubung Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 1/2026 membabitkan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, siasatan itu berkaitan isu program pengambilan pelajar melalui korporasi tanpa kelulusan Lembaga Pengarah universiti terbabit serta tuntutan palsu oleh ejen pengambilan pelajar."Siasatan itu dimulakan selepas penelitian dibuat terhadap laporan audit yang diterima SPRM," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat SPRM di sini pada Rabu.Azam berkata, hasil penelitian mendapati terdapat dua isu utama yang perlu disiasat, termasuk program pengambilan pelajar melalui korporasi yang tidak mendapat kelulusan Lembaga Pengarah universiti dan dipercayai berlaku kira-kira empat tahun lalu."Isu kedua membabitkan tuntutan palsu oleh ejen-ejen pengambilan pelajar. Walaupun ia dilihat sebagai satu isu, namun kita pecahkan kepada dua siasatan berasingan," katanya.Beliau berkata, setakat ini pihaknya belum memanggil mana-mana saksi, namun perbincangan awal telah diadakan dengan pihak universiti bagi mendapatkan dokumen penting untuk membantu siasatan."Kita kini sedang mendapatkan kerjasama daripada pihak universiti berkenaan bagi memastikan siasatan dapat dijalankan secara menyeluruh dan telus," katanya.Sebelum ini, media melaporkan LKAN 1/2026 mendedahkan ketidakaturan serius dalam pengurusan kutipan hasil yuran pelajar dan perbelanjaan di UKM bagi tahun kewangan 2024.Menurut Ringkasan LKAN Penyata Kewangan Agensi Persekutuan 2024, kutipan hasil yuran keseluruhan pelajar bagi program SPEND dan DPLI berjumlah RM60.77 juta.Daripada jumlah itu, UKM merekodkan kutipan RM2.43 juta, manakala RM50.74 juta dikutip melalui koperasi. Bagaimanapun, sebanyak RM7.60 juta masih belum diterima.Laporan itu mendedahkan kutipan yuran pelajar tanpa kuasa berjumlah RM50.74 juta dan perjanjian kerjasama yang tidak mendapat kelulusan Menteri Kewangan.Selain itu, audit mendapati yuran pelajar tidak direkodkan sebagai hasil UKM berjumlah RM32.36 juta daripada keseluruhan hasil yuran pelajar berjumlah RM60.77 juta.Daripada RM50.74 juta yuran pelajar yang dikutip koperasi, agihan RM21.02 juta lewat diserahkan kepada UKM dalam tempoh 31 hingga 291 hari.Turut dikesan, yuran pelajar berjumlah RM5.32 juta masih belum diserahkan kepada UKM dalam tempoh satu tahun sehingga melebihi tiga tahun.Audit juga mendapati wujud konflik kepentingan apabila lima pegawai UKM memegang jawatan penting dalam koperasi.Dalam laporan sama, audit mengesan ketidakaturan dalam perbelanjaan perkhidmatan dan bekalan di UKMShape dengan jumlah keseluruhan perbelanjaan mencecah RM57.67 juta.Daripada jumlah berkenaan, RM6.69 juta dikenal pasti sebagai perbelanjaan tidak teratur.Berdasarkan laporan itu, audit mengesan pemberian komisen kepada ejen yang tidak layak berjumlah RM5.94 juta.UKM juga didapati menampung perbelanjaan ke luar negara untuk enam individu bukan kakitangannya berjumlah RM107,907.Selain itu, audit mengesan Elaun Pelajar Sangkutan Industri kepada pelajar yang tidak layak berjumlah RM35,000 serta pendahuluan bagi penyelarasan program khas tanpa kelulusan sah membabitkan perbelanjaan sebanyak RM200,000.Perolehan bernilai RM403,500 turut dikesan tidak dibuat melalui Jawatankuasa Sebut Harga.Sehubungan itu, audit merumuskan terdapat ketidakaturan yang serius dan pelanggaran tatakelola dalam kutipan hasil yuran pelajar serta perbelanjaan di UKM yang tidak mematuhi undang-undang dan peraturan kewangan.Dalam pada itu, SPRM menegaskan komitmennya untuk memastikan setiap dana awam diurus secara telus, berintegriti dan bertanggungjawab demi kepentingan rakyat serta menjaga kepercayaan terhadap institusi pendidikan tinggi negara.