PUTRAJAYA - Seorang bekas menteri telah dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan penyelewengan melibatkan perjanjian mega antara kerajaan Malaysia dengan sebuah syarikat asing yang dianggarkan bernilai RM1.11 bilion.Perkara itu disahkan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki menerusi sidang akhbar pada Rabu.Ujarnya, bekas menteri itu antara 12 individu termasuk Ketua Setiausaha (KSU) sebuah kementerian yang dipanggil untuk dirakamkan percakapan."Saya tidak mahu sebut (nama bekas menteri). Ada daripada bekas menteri yang telah dipanggil untuk memberi keterangan," katanya.AKAN MENYUSUL