PUTRAJAYA - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki enggan melayan sebarang soalan wartawan berkaitan siasatan terhadap dirinya.Ketika diajukan soalan mengenai penubuhan Suruhanjaya Diraja (RCI) dalam sidang akhbar perkembangan terkini operasi SPRM, beliau bertindak mengunci mulut."Ini saya tak jawab ya. Saya tidak akan komen mengenai perkara ini."Saya sudah nyatakan sebelum ini, saya tidak akan menjawab apa-apa soalan berkaitan dengan isu melibatkan khas saya," tegas beliau pada Rabu.Ketika diasak dengan soalan berkaitan dakwaan SPRM sebagai mafia korporat, Azam juga tidak mahu memberi sebarang respon."Saya tidak menjawab perkara ini termasuk isu melibatkan saya," katanya.Sementara itu, ditanya pula mengenai saman terhadap media antarabangsa, Bloomberg, Azam juga mengelak untuk menjawab."Ini pun saya tak nak komen. Kalau tuan (wartawan) mahu tanya, tanya dengan peguam saya," tegas beliau.Sebelum ini, Kabinet telah menubuhkan jawatankuasa siasatan khas yang dipengerusikan Peguam Negara Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar bagi menyiasat dakwaan pemilikan saham oleh Azam.Sebelum ini, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke dilaporkan akan mencadangkan dalam mesyuarat Kabinet supaya RCI ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan kewujudan ‘mafia korporat’ serta isu pemilikan saham.