KUALA LUMPUR, 4 Mac – Malaysia kekal konsisten dan tegas dalam memperjuangkan hak rakyat Palestin serta mempergiat usaha diplomatik di peringkat antarabangsa bagi menyekat pembunuhan, keganasan dan sekatan berterusan Israel terhadap penduduk Gaza. Menteri Luar, Mohamad Hasan, berkata Malaysia terus memanfaatkan pelbagai platform antarabangsa untuk mendesak Israel mematuhi gencatan senjata yang dipersetujui pada Oktober tahun lalu serta menghormati undang-undang antarabangsa. [...]