Marsha Milan dedah alami paru-paru lemah

PERNAH tersenyum manis di pentas, namun tahun lalu bagi Marsha Milan adalah tempoh penuh cabaran.Penyanyi dan pelakon itu baru-baru ini mendedahkan pengalaman mencemaskan apabila menghadapi komplikasi paru-paru serius yang hampir menjejaskan perjalanan seni dan kehidupannya.Marsha atau nama penuhnya Marsha Milan Londoh, 40, berkata, semuanya bermula selepas dijangkiti Covid-19 buat kali pertama."Saya ada masalah paru-paru lemah. Saya sedar perkara ini sejak kali pertama dijangkiti Covid-19. Ketika itu keadaan agak teruk sehingga perlu dimasukkan ke hospital," katanya memetik Berita Harian Online.Dia berkongsi hal tersebut ketika ditemui di tayangan filem dan sidang media Amira Amir di Tanamekar The Hills baru-baru ini.Bukan sekadar demam biasa, episod sakit yang berulang itu membuatkan Marsha perlu berehat panjang."Tahun lalu memang sangat mencabar. Saya melalui beberapa episod demam dan batuk berpanjangan."Paling teruk ketika dijangkiti influenza antara Oktober hingga November. Ambil masa kira-kira dua bulan untuk pulih," katanya lagi.Memulihkan diriSebagai seorang artis, kesihatan yang terganggu memberi kesan langsung terhadap kerjaya.Rakaman terpaksa ditangguh, persembahan dibatalkan, namun Marsha tetap mencari jalan untuk terus aktif tanpa menjejaskan kord vokalnya."Ada persembahan yang saya perlu teruskan. Jadi saya cari alternatif supaya tidak merosakkan kord vokal atau menjejaskan kesihatan," jelasnya.Dalam usaha memulihkan diri, Marsha tidak berdiam diri. Rawatan termasuk suntikan vaksin, pemeriksaan pakar dan pengambilan steroid menjadi pilihan untuk mempercepatkan pemulihan."Walaupun ada yang menasihatkan supaya tidak mengambil steroid, ketika itu saya sudah tidak tahan."Doktor juga tidak galakkan saya menyanyi, tetapi saya terpaksa meneruskannya demi kelangsungan kerjaya," jelasnya lagi.Kini, setelah melalui detik sukar itu, Marsha lebih berhati-hati menjaga kesihatan. Pemakanan dijaga, tiada lagi makanan berminyak atau pedas, dan pemantauan kesihatan paru-paru menjadi keutamaan."Alhamdulillah, sejak awal Disember lalu keadaan kesihatan saya semakin baik," ujarnya.Dalam perkembangan kariernya, Marsha menggembirakan peminat apabila lagu hitnya Hati Yang Tak Terbalas menjadi runut bunyi (OST) untuk filem Amira Amir, membuktikan bakatnya tetap bersinar walau pernah diuji. - SinarPlus