KUANTAN - Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) mengesahkan siasatan terhadap penuntut institusi itu yang dikaitkan dengan kandungan kontroversi menyentuh isu agama, kaum dan institusi diraja (3R) di media sosial telah selesai.Naib Canselor UMPSA, Prof Dr Yatimah Alias berkata, laporan lengkap hasil siasatan itu akan dibawa dan dikemukakan kepada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) pada Isnin ini untuk tindakan selanjutnya.Menurutnya, proses tatatertib dijalankan mengikut Kaedah-Kaedah Universiti dan Kolej Universiti (Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah) (Tatatertib Pelajar) 2024."Jika sabit kesalahan penuntut itu boleh dihukum sehingga membawa kepada hukuman dibuang daripada universiti merujuk Kaedah 58."UMPSA tidak akan berkompromi dengan penyebaran kandungan yang menghasut kebencian mengaitkan 3R sehingga mencetuskan ketegangan kaum dan menggugat keharmonian awam," katanya ketika mengadakan sidang akhbar di sebuah hotel di sini pada Rabu.Yatimah berkata, sebelum ini pihak universiti telah menubuhkan jawatankuasa khas bagi menyiasat dakwaan penglibatan pelajar terbabit.Menurutnya, kandungan tersebut termasuk gambar yang didakwa menunjukkan tindakan menghina agama Islam sehingga menjadi tular dan mencetuskan reaksi di media sosial."UMPSA telah mengambil tindakan sewajarnya selaras dengan peraturan universiti dan undang-undang yang berkuat kuasa."Perkara ini ditangani melalui saluran yang sewajarnya serta dilaksanakan secara tertib dan profesional," katanya.Isu berkenaan sebelum ini mencetuskan perhatian apabila penuntut terbabit dikatakan memijak al-Quran dan membuat hantaran komunikasi jelik melampau menerusi media sosial.Pada 25 Februari lalu, penuntut Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) itu ditahan bagi membantu siasatan kerana disyaki menghina Islam di laman sosial.Pada Selasa, penuntut terbabit telah didakwa di mahkamah Sesyen Kuanta atas dua pertuduhan berkaitan kes berkenaan, namun mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan tersebut.Mahkamah menetapkan 8 April ini sebagai tarikh sebutan semula kes.