PUTRAJAYA – Kerajaan yakin Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2026 bagi mengehadkan jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun diluluskan selepas ia dibentangkan semula pada sidang akan datang.Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, kegagalan memperoleh majoriti dua pertiga pada Isnin bukan disebabkan penolakan terhadap cadangan tersebut, sebaliknya berpunca daripada faktor ketidakhadiran beberapa ahli Parlimen."Dia ada berapa orang tak hadir. Dua dah menghantar surat memberi penjelasan mengapa mereka tak hadir."Ada yang dah berhubung dengan saya secara lisan menerangkan sebab. Ada yang terkandas di luar negara disebabkan penerbangan tak ada."Tapi rata-rata yang tak hadir, kecuali Bukit Gantang mengatakan dia tidak bersetuju, yang lain semua menyokong," katanya ketika ditemui pemberita di Majlis Iftar Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), pada Rabu.Beliau berkata demikian sebagai reaksi terhadap RUU berkenaan gagal memperoleh sokongan dua pertiga Ahli Parlimen pada Isnin lepas apabila hanya 146 menyokong, 32 tidak hadir dan 44 berkecuali.Keputusan undi belah bahagi diumumkan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Dr Johari Abdul selepas ia dibahaskan oleh 41 Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang.Dalam pada itu, Fadilah yang juga Ketua Whip Kerajaan menyifatkan RUU tersebut sebagai satu reformaso yang baik untuk negara."Memang ada pandangan, ada mengatakan mengapa kita nak hadkan?"Kalau tak dihadkan pun ada juga mengatakan ada... Ada pros and cons."Tetapi kerajaan berpandangan bahawa mengehadkan tempoh itu adalah yang terbaik buat masa ini untuk negara kita," jelasnya.Terdahulu, Jurucakap Kerajaan Datuk Fahmi Fadzil berkata, Jemaah Menteri bersetuju agar RUU berkenaan dibentangkan pada sidang akan datang.