PUTRAJAYA, 5 Mac – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan komitmen untuk terus bekerja sebagai satu pasukan dalam memastikan segala perancangan yang telah dirangka dapat dilaksanakan dengan sebaiknya. Beliau yang juga Presiden UMNO berkata demikian menerusi hantaran di laman Facebooknya selepas mempengerusikan Mesyuarat Pengurusan Tertinggi Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) di Putrajaya bersama barisan kepimpinan [...]