SEREMBAN - "Nanti tulis apa yang betul ya kalau tak sahih jangan tulis... terima kasih".Demikian pesan pelakon wanita yang disyaki terlibat dalam kes penipuan membabitkan urusan penjualan tanah lot kurniaan di Selangor yang tidak wujud membabitkan kerugian RM1.5 juta.Terdahulu wanita berusia 35 tahun dan suaminya 41 tahun itu telah dibawa ke Mahkamah Majistret Seremban pada Khamis untuk direman bagi membantu siasatan.Pasangan terbabit tiba di mahkamah sekitar jam 9.15 pagi dibawa oleh polis menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Aruz.Difahamkan, mereka sebelum itu ditahan di sebuah rumah di Hulu Langat, Selangor pada Rabu.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahim berkata, pasangan terbabit telah direman tiga hari sehingga 7 Mac ini untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan."Penahanan suspek susulan aduan seorang lelaki berusia 56 tahun yang mendakwa ditipu oleh rakannya dalam urusan untuk mendapatkan tanah kurniaan kerajaan negeri Selangor."Mangsa memberitahu pada 21 September 2023 telah ditawarkan oleh seorang lelaki untuk mendapatkan beberapa lot tanah di negeri Selangor yang terletak di bawah mukim Cheras yang mana sebelum ini telah dijanjikan akan mendapat tanah berstatus kurniaan kerajaan negeri,"katanya.Ujarnya, mangsa yang merupakan bekas ahli perniagaan telah mula berurusan dengan suspek dan telah membuat 195 kali transaksi bermula daripada September 2023 hingga November 2025.Tambahnya, akibatnya mangsa telah mengalami kerugian berjumlah RM1.5 juta.