KUALA LUMPUR, 5 Mac – Majlis Amanah Rakyat (MARA) menjalinkan kerjasama strategik bersama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan BlackBerry dalam bidang keselamatan siber. Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menerusi hantaran di laman Facebooknya memaklumkan beliau telah menerima kunjungan hormat untuk membincangkan potensi kerjasama strategik tersebut pada Rabu. “Pagi ini saya menerima kunjungan hormat daripada Naib Canselor UKM, Prof [...]