‘Game Changer’ KKDW manfaat untuk semua

PUTRAJAYA - Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) kini mengorak langkah drastik menerusi inisiatif strategik ‘Game Changer’ 2026 yang bermatlamat untuk mengangkat agenda pembangunan luar bandar secara lebih sistematik, inklusif dan berimpak tinggi kepada kesejahteraan masyarakat desa.Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KKDW, Datuk Abdul Kahar Abdullah menjelaskan bahawa anjakan paradigma ini didorong oleh perubahan dasar kementerian yang kini meletakkan keutamaan tinggi kepada kualiti berbanding kuantiti.Menurut beliau, setiap inisiatif di bawah pengurusan kementerian perlu beralih daripada sekadar mengira ‘output’ kepada menilai ‘outcome’ yang mampu memberikan impak serta manfaat sebenar kepada rakyat."Inisiatif ‘Game Changer’ ini secara keseluruhannya merangkumi 28 usaha strategik yang dibahagikan kepada tujuh kluster utama bagi melonjakkan kedudukan desa di Malaysia, sekali gus memberi manfaat kepada semua peringkat penduduk luar bandar," katanya dalam program audio siar Podcast KKDW ‘Cerita Desa Kita’ di sini.Podcast Cerita Desa Kita yang dikendalikan oleh pengacara Ketua Komunikasi Korporat KKDW, Nor Najihah Sukor bersama pengacara, Anim Ezati Mohd Khalid itu disiarkan menerusi Youtube dan Facebook KKDW dan platform Sinar Harian.Empat kluster baharu diperkenalkan Menurut Abdul Kahar, antara kluster yang ditekankan termasuklah Ekonomi Desa, Usahawan Desa, dan Modal Insan.Kementerian turut memperkenalkan empat kluster baharu yang dianggap kritikal bagi masa depan luar bandar, iaitu Jaringan Prasarana, Kesiapsiagaan Desa, Sistem Penyampaian Perkhidmatan dan Pengantarabangsaan."Dalam kluster Pengantarabangsaan, KKDW berhasrat untuk mengetengahkan idea-idea pembangunan tempatan ke platform yang lebih tinggi seperti di peringkat ASEAN."Kita mahu melonjakkan kementerian dan pembangunan desa ini ke peringkat antarabangsa melalui penglibatan seperti penubuhan Majlis Pembangunan Desa dan Inovasi ASEAN (ARDIC) dan kerjasama serantau."Salah satu fokus utama penubuhan ARDIC adalah sebagai forum tetap untuk membincangkan hala tuju pembangunan luar bandar di rantau ini," katanya.Pendidikan TVET terus diperkasakan Melalui platform berkenaan, beliau komited bahawa Malaysia berpeluang untuk mempromosikan sistem mempromosikan sistem Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang selama ini Vokasional (TVET) yang selama ini menjadi tunjang pembangunan modal insan negara ke peringkat global.Abdul Kahar turut menegaskan bahawa setiap ‘Game Changer’ yang dirangka mestilah bersifat realistik dan tidak sekadar menjanjikan bulan dan bintang kepada rakyat sebaliknya inisiatif itu wajib boleh dilaksanakan dan dicapai berdasarkan sumber kewangan serta tenaga manusia yang sedia ada."Bagi memastikan setiap dasar yang digubal adalah tuntas, KKDW telah memperkasakan pasukan pemikir yang terdiri daripada 15 pakar berkelulusan Doktor Falsafah (PhD)."Pasukan pakar ini berperanan penting dalam melakukan penyelidikan, audit dan mencari solusi berdasarkan penemuan kajian bagi setiap isu yang dihadapi penduduk desa," katanya.Dalam usaha memperkasa ekonomi, beliau berkata, kementerian sedang merangka penubuhan Plaza Desa yang bakal menjadi hab pemasaran khusus bagi usahawan luar bandar dengan mengambil inspirasi daripada sebuah kompleks membeli belah terkenal di negara jiran yang mengangkat produk desa ke pasaran lebih luas."Plaza Desa akan bertindak sebagai platform kekal bagi usahawan memasarkan hasil kreatif mereka tanpa perlu bersaing secara langsung dengan jenama-jenama besar dengan jenama-jenama besar yang sudah mempunyai nama. Langkah ini dilihat kritikal memandangkan hampir 50 peratus daripada 69,000 usahawan yang dibantu kementerian masih berada di tahap mikro dengan jualan tahunan di bawah RM60,000," jelasnya.KKDW fokus kualiti usahawanMengulas lanjut mengenai perubahan pendekatan latihan, beliau menegaskan bahawa kementerian tidak lagi mahu terperangkap dengan permainan angka semata-mata seperti melatih 500 usahawan tanpa hasil yang benar-benar membuahkan kejayaan.Sebaliknya, fokus kini tertumpu kepada aspek kualiti, iaitu lebih baik melatih jumlah yang kecil seperti 50 orang, tetapi hasilnya kesemua mereka berjaya menembusi pasaran besar dan antarabangsa."Contohnya, kita mahu melahirkan ramai usahawan mungkin melatih 500 usahawan tetapi yang betul-betul berjaya tidak ramai. Kita mahu melatih mungkin sekitar 50 usahawan tetapi semua berjaya memasarkan produk ke peringkat antarabangsa," katanya.Bagi meningkatkan nilai tambah produk desa, KKDW turut melancarkan program 'Akselerasi Halal' untuk mempermudah urusan bagi mendapatkan sijil halal."Memandangkan prosedur untuk mendapatkan sijil halal dianggap mencabar, kementerian kini melatih pegawai dalaman pada peringkat kementerian dan agensi seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk menjadi Eksekutif Halal."Pegawai-pegawai ini akan memimpin dan membimbing usahawan di lapangan supaya mereka faham akan prosedur kebersihan dan kriteria yang ditetapkan sebelum memohon sijil tersebut," katanya lagi.Menyentuh soal prasarana, kementerian memperkenalkan penggunaan lampu jalan solar sebagai solusi inovatif bagi menerangi kawasan yang gelap dan terpencil.Kawasan seperti tanah perkuburan dan jalan kampung yang jauh dari grid elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan diberikan keutamaan melalui inisiatif ini.Selain itu, program pembinaan rumah bawah Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS) kini menggunakan teknologi Industrialised Building System (IBS)."Penggunaan teknologi IBS ini bertujuan untuk mempercepatkan tempoh pelaksanaan projek, mengurangkan kos pembinaan serta memastikan kualiti kediaman yang lebih baik bagi golongan miskin," katanya.