Julie’s Love Letters pilihan wajib kuih raya, lengkapkan kemeriahan Syawal

SHAH ALAM - Setiap kali menjelang Ramadan dan Syawal, antara perkara yang paling dinantikan pastinya momen menyediakan kuih raya untuk dihidangkan kepada tetamu.Daripada biskut tradisional hinggalah pilihan moden yang semakin mendapat tempat di hati masyarakat, kuih raya bukan sekadar juadah, sebaliknya simbol kemeriahan dan tanda ingatan buat insan tersayang.Bagi ramai keluarga, biskut gulung rangup berinti krim sentiasa menjadi antara pilihan utama. Tidak hairanlah apabila Love Letters daripada jenama terkenal, Julie's Biscuits, terus menjadi kegemaran saban tahun dan dilihat sebagai antara kuih raya yang ‘wajib ada’ di atas meja.Tampil dengan tiga variasi istimewa iaitu Strawberry, Chocolate dan Vanilla, setiap satu menawarkan pengalaman rasa yang tersendiri. Love Letters Strawberry menampilkan wafer telur rangup dengan krim strawberi yang menyegarkan, sesuai untuk mereka yang menggemari rasa manis berbuah.Sementara itu, Love Letters Chocolate pula kekal sebagai pilihan bestseller bermusim, memikat dengan gabungan wafer rangup dan krim coklat yang kaya rasa.Bagi penggemar rasa klasik yang lebih seimbang, Love Letters Vanilla menawarkan kombinasi wafer berasaskan serbuk koko gelap dengan krim vanila beraroma lembut, menjadikannya snek yang sukar ditolak apabila dihidangkan.Lebih daripada sekadar biskut, Love Letters sering dikaitkan dengan suasana santai bersama keluarga; sama ada ketika berbuka puasa, bersembang selepas solat Tarawih atau saat menerima kunjungan tetamu pada pagi Syawal.Teksturnya yang rangup dan mudah dinikmati menjadikannya pilihan sesuai untuk semua peringkat usia, daripada kanak-kanak hingga dewasa.Malah, pembungkusan terbaharu yang lebih segar dan praktikal memudahkan ia dikongsi bersama ahli keluarga dan rakan-rakan.Reka bentuknya juga sesuai dijadikan buah tangan atau hadiah raya, terutama bagi mereka yang ingin membawa sesuatu yang ringkas tetapi bermakna ketika berkunjung ke rumah saudara-mara.Bagi golongan bekerja dan ibu bapa yang sibuk membuat persiapan, pilihan kuih raya siap tersedia seperti Love Letters dilihat lebih praktikal tanpa perlu mengorbankan rasa dan kualiti.Ia juga menjadi snek pilihan untuk dinikmati ketika ingin berehat seketika, melepaskan tekanan atau sekadar ‘mengunyah ringan’ sambil meluangkan masa bersama insan tersayang.Love Letters boleh didapati di pasar raya dan kedai berhampiran di seluruh negara, selain boleh dibeli secara dalam talian melalui platform rasmi Julie’s di Shopee dan Lazada bagi memudahkan urusan pembelian menjelang musim perayaan yang sibuk.Dalam pada itu, sempena sambutan Raya tahun ini, Julie’s turut melancarkan filem khas Raya 2026 yang kini sudah boleh ditonton di saluran YouTube dan Facebook rasmi mereka.Klik di sini untuk menontonFilem berdurasi 10 minit itu mengangkat tema memori, janji dan kehadiran dalam keluarga, selari dengan semangat Syawal yang menekankan nilai kemaafan, refleksi dan kebersamaan.Namun, di sebalik kisah menyentuh hati tersebut, kemeriahan raya tetap tidak lengkap tanpa hidangan yang menyatukan keluarga di meja makan.Justeru, pastikan Love Letters menjadi antara pilihan utama kuih raya di rumah anda tahun ini.Dapatkan segera di kedai berhampiran atau secara dalam talian dan raikan Syawal dengan rasa rangup yang menggembirakan bersama #JuliesBiscuits.