'Tak adil Bersih buat kenyataan tak bersih' - Anwar

PUTRAJAYA – Perdana Menteri membidas kenyataan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang mendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjadi senjata politik kerajaan.Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dakwaan tersebut tidak adil kerana kenyataan berkenaan dibuat sebelum laporan rasmi berkaitan diperoleh.Menurutnya, semua pihak sepatutnya menunggu laporan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang tuduhan."Itu pandangan Bersih, tetapi tidak adil untuk Bersih membuat kenyataan yang tidak bersih. Jika mahu membuat tuduhan, lihatlah laporan terlebih dahulu, kemudian barulah memberi jawapan (kenyataan)," katanya kepada pemberita di sini pada Jumaat.Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Bersih yang mengecam hala tuju SPRM yang didakwa semakin terpesong daripada mandat asal untuk membanteras rasuah.MENYUSUL