Pahang Sumbang Juadah Iftar Kepada 165 Keluarga Di Kem Nuseirat

KUALA LUMPUR, 6 Mac – Kerajaan Negeri Pahang telah menyumbangkan juadah iftar kepada 165 keluarga di Kem Nuseirat, Gaza pada minggu pertama Ramadan. Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menerusi hantaran di laman Facebooknya memaklumkan sumbangan tersebut telah dibuat menerusi Pahang4Palestine. “Alhamdulillah, sumbangan juadah iftar daripada Kerajaan Negeri Pahang menerusi Pahang4Palestine telah berjaya disampaikan kepada 165 keluarga [...]