MyDigital ID agih lebih 500 bubur lambuk untuk pelajar asasi UiTM

DENGKIL – My Digital ID Sdn Bhd (MyDigital ID) mengagihkan lebih 500 pek bubur lambuk kepada pelajar sempena program Rewang Pelajar bersama Pusat Asasi Universiti Teknologi MARA (UiTM) Dengkil pada Khamis.Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Hal Ehwal Pemegang Taruh dan Penglibatan Nasional MyDigital ID, Rita Irina Abd Wahab berkata, penganjuran program itu merupakan antara usaha mendekati komuniti pelajar selain meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan penggunaan MyDigital ID sebagai identiti digital rasmi negara.Ujarnya, sehingga kini, platform berkenaan menunjukkan penerimaan yang semakin positif dalam kalangan rakyat dan industri di negara ini."Alhamdulillah, setakat ini kita telah mencatatkan lebih daripada 10 juta pendaftaran. Selain itu, MyDigital ID juga telah berjaya diintegrasikan dengan lebih daripada 100 aplikasi dan portal kerajaan dan swasta."Ini menunjukkan bahawa rakyat dan industri sudah mula yakin dengan MyDigital ID serta menggunakannya untuk mengakses pelbagai aplikasi dan portal bagi memudahkan urusan harian," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam program Iftar Rewang bersama Pusat Asasi UiTM Dengkil pada Khamis.Menurut Rita Irina, penganjuran acara tersebut turut memberi peluang kepada pelajar untuk mendekati pasukannya dan mendapatkan maklumat dengan lebih mudah."Melalui program seperti ini, pelajar boleh berinteraksi secara langsung dengan kami, mendapatkan penerangan dan bertukar pandangan dalam suasana lebih santai, khususnya sepanjang bulan Ramadan."Pada masa sama, kita dapat menerangkan kepada masyarakat mengenai kepentingan menggunakan identiti digital rasmi negara ketika mengakses aplikasi dan portal dalam talian," ujarnya.Kukuhkan penggunaan MyDigital IDMengulas pemilihan UiTM Asasi Dengkil sebagai lokasi program, Rita Irina berkata, universiti berkenaan dipilih kerana mempunyai jumlah pelajar yang ramai dan majoriti mereka terdiri daripada golongan yang aktif menggunakan aplikasi digital.Ujar beliau, UiTM juga telah mengintegrasikan MyDigital ID dalam ekosistem digitalnya menerusi aplikasi MyStudentApp UiTM dan portal Career UiTM."UiTM merupakan antara universiti terbesar dan mempunyai jumlah pelajar yang ramai."Kami amat berbesar hati apabila universiti dan institusi pendidikan mula mengintegrasikan MyDigital ID dalam ekosistem digital mereka."Kerjasama tersebut sekali gus memperkukuhkan penggunaan MyDigital ID dalam ekosistem digital institusi pendidikan," menurutnya.Kata beliau, program kolaborasi kali pertama dengan UiTM Dengkil ini juga diharap dapat membantu MyDigital ID dalam mengumpul maklum balas mengenai penggunaan aplikasi digital dalam kalangan pelajar."Ia juga membolehkan kami memahami bagaimana aplikasi digunakan dalam sektor pendidikan atau swasta."Secara keseluruhannya, pendekatan ini membantu meningkatkan kesedaran mengenai MyDigital ID melalui interaksi secara langsung dengan komuniti pelajar," jelasnya.Eratkan hubunganSementara itu, Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar dan Jabatan Jaringan Industri, Komuniti dan Alumni (ICAN) Pusat Asasi UiTM Dengkil, Dr Noor Syahida Md Soh turut merakamkan penghargaan kepada pasukan My Digital ID kerana menganjurkan program tersebut sekali gus menyemarakkan lagi sambutan Ramadan tahun ini."Pada masa sama, kami juga berterima kasih pihak Sinar Harian yang membantu membuat liputan untuk program ini, selain sokongan daripada pasukan di pusat asasi sendiri."Kami amat berbesar hati kerana penganjuran program seumpama ini dapat mengeratkan hubungan antara Pusat Asasi UiTM Dengkil dengan pihak industri serta bersama-sama mengimarahkan bulan Ramadan," katanya.Ujarnya, seramai 40 orang tenaga kerja dari universiti tersebut telah bertugas sepanjang hari bagi memastikan pelaksanaan program berkenaan berjalan dengan lancar."Penganjuran program seumpama ini diharap dapat diteruskan lagi pada masa akan datang untuk membuka ruang kepada komuniti agar turut merasai kemeriahan dan suasana di Pusat Asasi UiTM Dengkil," ujarnya.