KLANG - Lelaki yang merempuh dua penunggang motosikal hingga salah seorang maut dalam kejadian Jalan Keretapi Lama, Kapar telah direman lima hari untuk membantu siasatan.Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, tempoh reman itu sehingga 10 Mac."Siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti motif kejadian sebenar."Setakat ini dipercayai suspek dan dua penunggang terbabit daripada geng yang berbeza, malah mereka tidak mengenali satu sama lain," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.Tambahnya, penunggang yang cedera masih dirawat di hospital.Kejadian pada jam 9.51 pagi Khamis melibatkan dua lelaki tempatan yang menaiki sebuah motosikal jenis Yamaha Y15 dan seorang lelaki yang memandu kenderaan pacuan empat roda.Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar dalam kenyataan dilaporkan berkata, siasatan awal mendapati kejadian bermula apabila penunggang motosikal terbabit dipercayai melepaskan tembakan ke arah seorang pekerja kepada pemandu pacuan empat roda terbabit di Kampung Perepat, Klang.Shazeli berkata, pemandu pacuan empat roda itu kemudian bertindak mengejar motosikal terbabit sehingga ke Jalan Keretapi Lama.Pembonceng motosikal itu dipercayai telah mengacukan objek menyerupai pistol sebelum dilanggar pacuan empat roda terbabit hingga kedua-duanya terjatuh dan terseret di simpang masuk Taman Sri Kapar.Pembonceng itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan, manakala penunggang motosikal mengalami kecederaan.Kes ini diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.Polis mendedahkan, semakan rekod mendapati lelaki yang maut mempunyai 23 rekod lampau melibatkan pelbagai jenayah berat termasuk kes bunuh, cubaan bunuh dan samun berkumpulan.Sementara penunggang yang cedera pula mempunyai 10 rekod jenayah dan berstatus orang dikehendaki di bawah Seksyen 130V Kanun Keseksaan.Suspek seorang lelaki iaitu pemandu pacuan empat roda berusia 49 tahun itu turut mempunyai rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah di bawah Seksyen 302 dan 307 Kanun Keseksaan.