KUALA LUMPUR – Tiga lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat, atas pertuduhan bergaduh di Balai Polis Meru, di sini empat hari lalu.Dua pemandu lori A Magendran, 44, dan B Kalairasan, 38, dan kelindan lori, P Gopinath, 39, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret, Nor Azilah Mat.Mengikut pertuduhan pertama, Kalairasan itu didakwa berkelakuan tidak senonoh di bangunan polis iaitu dengan buat bising dan bergaduh di Balai Polis Meru, di sini pada jam 9.47 malam, 2 Mac lalu.Pertuduhan dibuat Seksyen 94 Akta Polis 1967 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM500 atau penjara maksimum enam bulan atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.Mengikut pertuduhan kedua, Kalairasan didakwa melakukan khianat iaitu merosakkan televisyen sehingga menyebabkan kerugian di Balai Polis Meru, di sini pada jam 9.47 malam, 2 Mac lalu.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara antara satu hingga lima tahun atau denda atau kedua duanya, jika sabit kesalahan.Mengikut pertuduhan ketiga, Kalairasan dan Gopinath didakwa sengaja menyebabkan kecederaan terhadap seorang lelaki berusia 29 tahun, menggunakan topi keledar dan batang besi, pada waktu, tarikh dan lokasi sama.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara selama 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.Sebelum ini, rakaman pergaduhan sekumpulan lelaki tular di media sosial memaparkan kejadian pukul memukul dan cubaan menyerang anggota di Balai Polis Meru, di sini.Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, kejadian bermula apabila tiga lelaki hadir ke balai berkenaan untuk membuat laporan.Katanya, mereka kemudiannya didatangi lima lelaki lain dan situasi bertukar tegang sehingga mencetuskan perbalahan.Kekecohan tersebut turut menyebabkan kerosakan pada televisyen milik balai polis sebelum semua suspek melarikan diri dari lokasi kejadian.AKAN MENYUSUL