SEPANG - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, harga RON95 setakat ini masih terkawal meskipun wujud konflik di Asia Barat, namun kerajaan akan terus memantau situasi di rantau berkenaan dari semasa ke semasa.Anwar yang juga Menteri Kewangan bagaimanapun meminta setiap lapisan masyarakat agar sentiasa berjimat cermat serta mengikuti perkembangan terkini situasi di rantau yang sedang berdepan konflik tersebut."Dalam keadaan sekarang, nampak masih terkawal tetapi kita tahu kapal-kapal minyak dan gas tersangkut di Selat Hormuz sudah melebihi 200 kapal. Ini tentunya akan menjejaskan dari segi perniagaan, begitu juga kos pengangkutan kerana jalan lebih jauh terpaksa digunakan."Setakat ini, sepertimana saya umumkan, kita akan cuba kawal termasuk RON95 sekadar RM1.99 (seliter), tetapi petanda-petanda awal tidak begitu baik dan menyenangkan," katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat bersama kira-kira 1,000 jemaah di Musolla IOI City Mall di sini hari ini.Anwar turut meminta rakyat negara ini agar tidak memandang ringan konflik berkenaan kerana ia turut akan memberi kesan kepada ekonomi negara.AKAN MENYUSUL