KSN umum perubahan jawatan tertinggi awam, Anis Rizana dilantik KSU NRES

PUTRAJAYA – Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar mengumumkan beberapa perubahan penempatan serta pelantikan baharu membabitkan jawatan Pengurusan Tertinggi Perkhidmatan Awam yang berkuat kuasa Isnin depan.Menerusi kenyataan pada Jumaat, beliau memaklumkan Ketua Pengarah Kastam, Datuk Anis Rizana Mohd Zainudin dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)Jawatan Ketua Pengarah Kastam pula akan diisi oleh Datuk Amran Haji Ahmad yang sebelum ini berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Setiausaha di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).Dalam perkembangan sama, Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad mengekalkan jawatannya sebagai Ketua Setiausaha dari Kementerian Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) ke Kementerian Kesihatan (KKM).Jawatan KSU MOSTI pula akan diambil alih oleh Datuk Dr K Nagulendran yang sebelum ini berkhidmat di Kementerian Belia dan Sukan (KBS).Sementara itu, Setiusaha Kerajaan Negeri Perlis, Datuk Rahimi Ismail pula mengisi kekosongan yang ditinggalkan Nagulendran manakala Setiausaha Bahagian Sumber Manusia KKM Datuk Noor Azman Abdul Rahman menggantikan Rahimi di Perlis.Shamsul Azri berkata, perubahan tersebut merupakan manifestasi kepada tuntutan reformasi yang memerlukan kepantasan dan ketangkasan luar biasa dalam memperkukuh perkhidmatan awam.Menurutnya, sektor awam perlu terus mempertingkat tahap ketelusan serta integriti bagi melahirkan pentadbiran yang lebih berdaya saing dan relevan dengan peredaran zaman."Berlandaskan prinsip #taatsetia, setiap pelantikan ini membawa amanah besar untuk memperkukuh kerjasama antara agensi dan membuktikan kesetiaan tidak berbelah bahagi kepada Raja serta negara dalam merealisasikan visi Malaysia Madani," katanya.