Arsenal abai permainan memukau demi trofi EPL

ARSENAL terus mengekalkan momentum dalam perebutan gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.Bagaimanapun, kemenangan tipis 1-0 di gelanggang Brighton & Hove Albion di Stadium Amex baru-baru ini mencetuskan perdebatan mengenai corak permainan pasukan bimbingan Mikel Arteta.Keputusan itu mengukuhkan kedudukan Arsenal di tangga teratas liga. Namun, kenyataan pedas pengendali Brighton, Fabian Hurzeler selepas perlawanan segera menarik perhatian.Hurzeler mendakwa hanya satu pasukan yang benar-benar cuba bermain bola sepak dalam perlawanan berkenaan, sekali gus mencetuskan perbincangan lebih luas mengenai pendekatan Arsenal ketika memburu kemenangan musim ini.Di satu pihak, Arsenal semakin hampir menamatkan penantian lebih dua dekad untuk menjulang trofi liga.Namun di pihak lain, muncul persoalan sama ada pendekatan Arteta masih mencerminkan bola sepak yang menghiburkan.Hurzeler tidak berselindung dalam melontarkan pandangannya selepas perlawanan.Jurulatih Brighton itu mengakui beliau kurang gemar dengan pendekatan yang ditunjukkan Arsenal di atas padang.Menurutnya, terdapat pelbagai cara untuk memenangi perlawanan, namun beliau merasakan Arsenal terlalu kerap menggunakan taktik yang tidak menggambarkan permainan ideal."Ada pelbagai cara untuk menang. Jika mereka memenangi liga, pada masa depan tiada siapa akan bertanya bagaimana mereka melakukannya."Anda dapat merasakan mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk menang. Pada akhirnya ia berkait dengan peraturan, tetapi ketika ini saya merasakan mereka seolah-olah mencipta peraturan sendiri," katanya.Kenyataan itu merujuk kepada konsep pengurusan perlawanan dalam bola sepak moden, termasuk tindakan melengah-lengahkan masa serta beberapa taktik lain yang boleh mengganggu rentak permainan.Walaupun menerima kritikan, Arsenal dilihat tidak terlalu mempedulikan perdebatan mengenai gaya permainan mereka.Bagi sebuah pasukan yang sudah menunggu lebih dua dekad untuk menjulang trofi liga, keputusan akhir menjadi keutamaan.Ramai berpendapat sekiranya Arsenal berjaya menjuarai liga musim ini, perdebatan mengenai cara mereka bermain kemungkinan akan pudar dengan sendirinya.Sejarah bola sepak sering membuktikan bahawa trofi adalah perkara utama yang diingati, manakala cara sesebuah pasukan mencapainya biasanya menjadi catatan kecil dalam perjalanan tersebut.Perdebatan mengenai gaya permainan Arsenal juga tidak dapat dipisahkan daripada sejarah kelab itu sendiri.Pada awal 2000-an, pasukan di bawah kendalian Arsene Wenger terkenal dengan corak permainan menyerang yang memukau. Arsenal ketika itu sering dipuji kerana mempersembahkan bola sepak yang menghiburkan.Sebahagian pemerhati bahkan pernah membandingkan dominasi pasukan itu dengan konsep Total Football yang dipopularkan oleh Belanda pada era 1970-an.Oleh itu, sebahagian kritikan terhadap Arsenal ketika ini lahir daripada perbandingan dengan era kegemilangan lampau.Ramai merasakan pendekatan Arteta tidak lagi membawa identiti permainan memukau yang pernah sinonim dengan kelab London Utara itu.