Kemuka butiran palsu, bekas penolong akauntan ditahan SPRM

KOTA KINABALU - Seorang bekas penolong akauntan di sebuah agensi kerajaan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah selepas disyaki mengemukakan dokumen palsu untuk kerja naik taraf dan penyelenggaraan di jabatannya yang dianggarkan bernilai RM90,000.Menurut sumber, wanita berusia lingkungan 50-an itu ditahan dalam satu operasi yang dilakukan pihak SPRM di sekitar Kota Kinabalu kira-kira jam 1 tengah hari, Jumaat.Siasatan awal mendapati suspek dipercayai melakukan perbuatan itu sekitar tahun 2025 dengan mengemukakan dokumen pesanan kerajaan, invois dan sebut harga syarikat yang mengandungi butir matan palsu melibatkan pembekalan dan kerja-kerja naik taraf serta penyelenggaraan jabatan tempatnya bekerja.Suspek juga disyaki telah membuat lantikan terus kepada syarikat milik ahli keluarganya bagi mendapatkan suapan.Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk Fuad Bee Basrah ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut."Kes disiasat di bawah Seksyen 18 dan 23 Akta SPRM 2009," katanya.