BENTONG- Polis meminta kerjasama orang ramai bagi membantu mengesan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang dilaporkan hilang di daerah ini sejak Rabu.Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, kehilangan Puteri Nor Aishah Ahmad Sulaiman beralamat dari Taman Chegar Medang, di sini dilaporkan ibunya kira-kira jam 11.13 pagi, Jumaat.Menurutnya, ibu mangsa berusia 38 tahun mendakwa kali terakhir dia bertemu anak perempuannya itu kira-kira jam 6.45 petang ketika mangsa hendak keluar ke bazar Ramadan."Mangsa memiliki ciri fizikal seperti berkulit coklat, tinggi kira-kira 157 sentimeter dan berbadan agak gempal."Kali terakhir dia dilihat memakai baju dan jeans berwarna hitam berselipar biru," katanya.Zaiham berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan gadis itu diminta tampil ke mana-mana balai polis berhampiran."Maklumat itu juga boleh disalurkan melalui Pusat Kawalan Daerah (DCC) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong di talian 09-2231999," katanya.