PENYANYI Wann kehilangan bapa tersayang pada jam 9.25 malam Jumaat.Bapa Wann, Allahyarham Meor Abdul Rashid Meor Abdul Salim sebelum itu mendapatkan rawatan di Hospital Selayang.Memetik Berita Harian, khabar duka pemergian Allahyarham Meor Abdul Rashid disahkan pelakon, Sheila Mambo, selepas mendapat keizinan daripada Wann ketika menziarahi arwah di hospital.Difahamkan, bapa penyanyi era 80-an dan 90-an itu dirawat di hospital berkenaan pada 3 Februari lalu selepas disahkan mengalami masalah batu hempedu."Pemergiannya pada waktu yang cukup istimewa, iaitu hari Jumaat dalam bulan Ramadan dan pada malam Nuzul al-Quran," kata Sheila.Sementara itu, Wann menerusi Insta Story berkongsi berita sedih apabila ayahnya telah kembali ke rahmatullah."Buat yang mengenali abah saya, mohon doakan untuknya," titipnya.Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Batu 5, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. - SinarPlus