MARAN - Dua lelaki ditahan bersama dadah jenis heroin dianggarkan lebih 1.3 kilogram di kawasan parkir Plaza Tol Maran di sini pada Sabtu.Ketua Polis Daerah Maran, Superintenden Wong Kim Wai berkata, suspek berusia 24 dan 36 tahun itu ditahan kira-kira jam 12.15 tengah malam ketika berada dalam sebuah kereta jenis Honda City.Menurutnya, kehadiran suspek di lokasi itu dikesan hasil risikan terperinci pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Maran."Bertindak atas maklumat diperoleh, sepasukan pegawai dan anggota BSJN IPD Maran telah menyerbu lokasi itu sebelum berjaya menahan kedua-dua suspek."Hasil pemeriksaan ke atas kereta digunakan, polis berjaya menemui dan merampas tiga bungkusan plastik berisi serbuk dan ketulan disyaki dadah jenis heroin dengan anggaran berat lebih 1.3 kilogram," katanya.Kim Wai berkata, kesemua barang kes termasuk kereta digunakan suspek dirampas untuk siasatan lanjut."Kedua-dua suspek ditahan reman selama tujuh hari untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," ujarnya.Sementara itu katanya, Polis Maran tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dengan aktiviti dadah di daerah itu.