KOTA DAMANSARA - Siri kedua Riuh Bazar Sinar Harian Bersama Redoxon yang berlangsung di Bazar Ramadan Seksyen 4, di sini gamat dengan sambutan positif pengunjung.Meskipun pemberian juadah berbuka puasa seperti nasi ayam, nasi ayam kunyit, kebab dan mi goreng berserta air mineral dan pek vitamin dijalankan dalam suasana hujan lebat, ia langsung tidak mematahkan semangat 12 kru Sinar Harian dan lima wakil Redoxon untuk menyantuni pengunjung bazar sepanjang tempoh tiga jam itu.Pengurus Jabatan Komersial, Pemasaran dan Komuniti Sinar Harian, Rosli Ahmad berkata, sambutan yang diterima di lokasi kedua dari empat siri jelajah bazar itu membuktikan bahawa inisiatif mendekati rakyat secara langsung di lapangan cukup berbekas dalam hati penduduk sekitar.Beliau berkata, program yang dibawakan khas bersama rakan strategik, Redoxon selari dengan mesej kempen syarikat tersebut tahun ini iaitu 'Dari Sahur Hingga Iftar, Nutrisi Penuh Makna'."Di setiap lokasi inisiatif Riuh Bazar Sinar Harian Bersama Redoxon, sebanyak 500 pek makanan dibeli terus daripada peniaga bazar setempat sebagai usaha memperkasa ekonomi komuniti."Rata-rata peniaga memang seronok bila kempen sebegini dibuat, secara langsung dan tidak langsung mereka jana lebih pendapatan, ia sebagai persiapan nak menyambut raya."Sebanyak 200 pek iftar diagihkan oleh rider Misi Rakyat ke rumah kebajikan dan petugas barisan hadapan di kawasan ini manakala 300 pek makanan diagihkan buat pengunjung bazar," katanya kepada pemberita pada Isnin.Pengunjung turut diberikan sampel percuma produk Redoxon Triple Action dengan Formula Tindakan Tiga, yang mengandungi vitamin C, vitamin D dan zink membantu menyokong kesihatan menyeluruh untuk tubuh badan.Rosli memaklumkan, pengunjung berpeluang menyertai pelbagai aktiviti interaktif dan memenangi hadiah menarik yang disediakan di reruai Redoxon.Ketika ditanya lebih lanjut tentang siri program seterusnya, Rosli berkata, inisiatif Riuh Bazar diteruskan ke Bazar Ramadan Taman Medan pula pada 4 Mac ini."Ini siri ketiga Riuh Bazar Sinar Harian Bersama Redoxon dan yang terakhir bakal menemui pengunjung pada 11 Mac depan di Bazar Ramadan Stadium Shah Alam pula."Riuh Bazar bukan sekadar acara memeriahkan bulan Ramadan yang mulia ini, tetapi manifestasi komitmen Sinar Harian dan Redoxon dalam membawa suara rakyat lebih dekat."Dalam konteks menyantuni, mendengar dan berkongsi rezeki bersama komuniti sambil menggalakkan masyarakat untuk kekal sihat serta bertenaga sepanjang bulan puasa bersama Redoxon," ujarnya lagi.Reruai Riuh Bazar kali ini mendapat perhatian beberapa figura terkemuka antaranya peguam ‘kotak pensil’, Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Damansara, Muhammad Izuan Ahmad Kasim juga sudi meluangkan masa menyantuni kru Sinar Harian dan Redoxon serta pengunjung bazar berkenaan.REAKSI"Alhamdulillah dengan usaha syarikat korporat beli makanan daripada penjaja kecil seperti kami untuk diagihkan kepada pengunjung, ada rezeki lebih kami beraya tahun ini." - Penjajacucur, Masziah Mohamad Nor."Program seperti ini memang menarik, pemberian makanan kepada penduduk setempat bahkan orang bukan Islam pun dapat. Terima kasih Sinar Harian dan Redoxon. Saya harapinisiatif sebegini dapat diteruskan lagi tahun depan." - Guru agama, Shahida Abdul Razak."Idea membeli makanan daripada penjaja sekitar sini dan agihkan kepada pengunjung sangat baik, secara tidak langsung merancakkan lagi ekonomi penjaja bazar diKota Damansara ini, terima kasih Sinar Harian dan Redoxon." - ADUN Kota Damansara, Muhammad Izuan Kasim."Terima kasih atas pemberian pek makanan berbuka puasa dan diberi juga sampel vitamin Redoxon kepada kami. Bolehlah kami minum ketika sahur nanti supaya kekal bertenagasepanjang puasa." - Pekerja swasta, Wan Mohd Aiman Wan Zamzani."Alhamdulillah kami dapat berkongsi rezeki di bulan yang mulia ini, sedikit-sebanyak mampu merancakkan lagi ekonomi penjaja bazar menerusi inisiatif sebegini." - Peniaga nasi ayam,Mohd Zakwan Sharif."Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat walaupun diadakan dalam cuaca yang tidak menentu seperti hari ini hujan lebat. Harapan saya semoga program ini diadakan lagi untuktahun-tahun seterusnya." - Peniaga mi goreng, Mohd Asraf Mohd Arif."Cuaca sekarang ini memang tak menentu begitu juga pendapatan penjaja, tetapi dengan adanya program Riuh Bazar Sinar Harian Bersama Redoxon, kami bersyukur sangat keranamembeli makanan jualan kami untuk diedarkan kepada pengunjung." - Peniaga kebab, Izzat Daniel Shamsul Akmal.