SHAH ALAM – Program Redoxon Riuh Bazar: Dari Sahur Hingga Iftar, Nutrisi Penuh Makna melabuhkan tirai siri jelajah bazar Ramadan tahun ini dengan lokasi terakhir di Stadium Shah Alam, pada Rabu.Jenama suplemen vitamin C itu masih mengekalkan rutin sama seperti di tiga lokasi sebelum ini dengan mengagihkan 500 pek makanan, dimana 300 pek kepada pengunjung dan 200 pek dihantar pada rumah kebajikan dan petugas barisan hadapan oleh Rider Misi.Inisiatif terakhir itu masih mengekalkan konsep membeli pek makanan daripada peniaga bazar berkenaan sebagai usaha menyokong dan memperkasakan ekonomi usahawan industri kecil dan sederhana (IKS).Selain itu pengunjung turut diberikan sampel percuma produk Redoxon Triple Action dengan Formula Tindakan Tiga, yang mengandungi vitamin C, D dan zink bagi membantu menyokong kesihatan menyeluruh untuk tubuh badan.Nutrien yang dibekalkan dalam suplemen berkenaan memainkan peranan penting dalam menyokong sistem imun serta membantu mengekalkan kesihatan sepanjang tempoh berpuasa.Pengarah Urusan Bayer Malaysia, Leong Sook Fun berkata, bulan Ramadan merupakan tempoh penting untuk berinteraksi secara langsung dengan komuniti memandangkan rutin harian seperti makan, minum dan tidur berubah ketika berpuasa."Perubahan tersebut boleh memberi kesan sementara kepada tahap tenaga dan sistem imun, sekali gus menjadikan topik kesihatan lebih relevan untuk diketengahkan kepada masyarakat."Ia juga peluang strategik untuk kami berkongsi maklumat kesihatan serta mendekati komuniti melalui aktiviti pendidikan dan pemberian sampel produk," katanya kepada Sinar Harian.Menurutnya, ia melengkapkan amalan pemakanan seimbang dan gaya hidup sihat yang merangkumi tidur mencukupi serta aktiviti harian yang aktif.Peluang dekati komuniti setempatDalam pada itu Sook Fun memaklumkan, aktiviti di bazar Ramadan membuka ruang kepada pihaknya untuk berinteraksi secara langsung dengan orang ramai serta memahami tahap kesedaran masyarakat terhadap penjagaan kesihatan."Kami dapat mendengar maklum balas terus daripada komuniti mengenai keperluan kesihatan mereka semasa berpuasa, selain menggalakkan perbualan tentang penjagaan kesihatan harian."Dalam masa sama kami juga memberi penerangan mengenai produk serta menjalankan aktiviti pensampelan kepada pengunjung utuk cuba sendiri produk dan mendapatkan maklumat lanjut," ujarnya.Beliau menambah, Redoxon yang diperkenalkan sejak 1937 oleh Bayer merupakan jenama yang dipercayai dalam bidang penjagaan kesihatan global.Oleh itu syarikat berkenaan komited untuk memastikan maklumat berkaitan produk dan kesihatan disampaikan secara jelas serta berasaskan sains melalui pelbagai saluran termasuk laman web, media sosial dan aktiviti lapangan."Kesihatan perlu dijaga setiap hari, bukan hanya ketika Ramadan. Nutrien seperti vitamin C, vitamin D dan zink penting tetapi perlu digabungkan dengan pemakanan seimbang, tidur yang cukup dan gaya hidup sihat."Oleh itu kami berhasrat untuk meneruskan aktiviti mendekati komuniti seperti di bazar Ramadan pada masa akan datang bagi memperkukuh peranan sebagai rakan kesejahteraan masyarakat Malaysia," katanya.Manifestasi Suara Rakyat Sinar HarianSementara itu Pengurus Besar Jualan Iklan Sinar Harian, Airol Fadley Limin berkata, kerjasama antara Redoxon dan Sinar Harian menerusi program tersebut merupakan manifestasi kepada konsep ‘Suara Rakyat’.Menurutnya, inisiatif seperti Riuh Bazar bukan sekadar aktiviti promosi, sebaliknya menjadi platform untuk mendekati masyarakat serta berkongsi nilai positif bersama komuniti."Kerjasama ini selari dengan aspirasi Sinar Harian sebagai wadah Suara Rakyat."Melalui program seperti ini, kami bukan sahaja menyampaikan maklumat, tetapi turut turun padang bersama rakan strategik untuk menyantuni komuniti serta memberi manfaat secara langsung kepada masyarakat," katanya.Menurut beliau, pendekatan kolaborasi bersama jenama seperti Redoxon membuka ruang kepada media untuk memainkan peranan lebih luas dalam mendidik masyarakat mengenai isu kesihatan yang relevan."Ia bukan sekadar program lapangan tetapi satu usaha memperkukuh hubungan antara media, rakan strategik dan komuniti."Pada masa sama ia memberi peluang kepada masyarakat mendapatkan maklumat bermanfaat serta merasai sendiri nilai perkongsian yang dibawa dalam program ini," ujarnya.Dalam masa sama beliau turut berharap program seumpama itu dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memperkukuh hubungan antara jenama, media dan masyarakat.Kongsi rezeki tanda sokongan peniaga kecilBagi peniaga martabak, Amirul Ashraf Ghazali, sokongan dari Redoxon terhadap peniaga bazar Ramadan membawa limpahan rezeki kepadanya.Menurutnya, program seperti itu wajar diteruskan kerana bukan sahaja memberi manfaat kepada pengunjung, malah menyokong peniaga tempatan."Program ini bagus kerana semua pihak dapat manfaat. Pengunjung dapat makanan percuma, peniaga pula mendapat sokongan jualan dan pada masa sama suasana bazar jadi lebih meriah," katanya.Sementara itu, Redoxon turut mengadakan program Redoxon Riuh Bazar: Dari Sahur Hingga Iftar, Nutrisi Penuh Makna yang telah membuka mata sukarelawan bahawa masih ramai golongan yang memerlukan bantuan, khususnya dalam aspek makanan.Dalam program yang berlangsung di Bazar Ramadan Stadium Shah Alam itu, sebanyak 500 pek makanan diagihkan kepada pengunjung dengan 200 daripadanya dihantar ke rumah kebajikan serta petugas barisan hadapan oleh Rider Misi.