McDonald’s Malaysia, JAWI Food Bank santuni komuniti

KUALA LUMPUR - McDonald’s Malaysia meraikan lebih 500 individu daripada komuniti setempat dan golongan memerlukan menerusi Program Kongsi Rezeki Ramadan yang diadakan pada Jumaat.Daripada jumlah itu, kira-kira 200 pelajar asnaf daripada Kolej Profesional Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (KPMAIWP) turut hadir bagi memeriahkan sambutan majlis tersebut yang dianjurkan dengan kerjasama JAWI Food Bank.Naib Presiden Kanan dan Ketua Pegawai Sumber Manusia McDonald’s Malaysia, Azhar Darbi berkata, program berkenaan merangkumi penyediaan pek makanan, pengagihan Kotak Rezeki, sumbangan bernilai RM6,000 kepada masjid serta bantuan kepada komuniti pelajar memerlukan.Ujarnya, inisiatif berkenaan merupakan sebahagian daripada usaha berterusan syarikat dalam melaksanakan tanggungjawab sosial korporat, khususnya bagi membantu golongan asnaf sepanjang bulan Ramadan."Kerjasama McDonald’s Malaysia dengan JAWI Food Bank yang terjalin sejak 2020 menjadi antara usaha penting kami dalam memastikan bantuan makanan dapat disalurkan kepada golongan asnaf, termasuk gelandangan dan anak yatim."Kami berharap program seperti ini dapat terus memberi manfaat kepada komuniti setempat di samping menyemai semangat berkongsi rezeki dan keprihatinan dalam masyarakat," katanya.Beliau berkata demikian ketika majlis Program Kongsi Rezeki Ramadan di Dewan Masjid Al-Imam Ash-Shafie, Taman Maluri, Cheras pada Sabtu. Hadir sama Mufti Wilayah Persekutuan, Ahmad Fauwaz Fadzil.Menurut Azhar, sebagai syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh orang Islam, McDonald’s Malaysia turut memperkukuh hubungan jangka panjang bersama MAIWP termasuk melalui pembayaran zakat korporat tahunan.Tambah beliau, program tersebut turut membawa kelainan pada tahun ini menerusi inisiatif pemberian bantuan baucar makanan kepada pelajar KPMAIWP."Selain pengagihan pek makanan dan Kotak Rezeki, program tahun ini turut merangkumi gotong-royong memasak bubur lambuk, agihan bubur lambuk, penyerahan duit raya kepada pelajar asnaf serta penyampaian baucar Program Santun Pelajar kepada Kolej Profesional MAIWP."Penyampaian baucar itu adalah kesinambungan kerjasama McDonald's bersama MAIWP, di mana pelajar asnaf menerima bantuan makanan iaitu Nasi Mekdi melalui pengagihan baucar oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) kolej berkenaan," menurutnya.Sasar satu juta hidangan Nasi Mekdi untuk pelajarBeliau berkata, kolaborasi bersama MAIWP memainkan peranan penting dalam menyokong pembangunan golongan pelajar asnaf, khususnya di KPMAIWP.Ujar Azhar, McDonald’s Malaysia turut mensasarkan sebanyak satu juta hidangan Nasi Mekdi disumbangkan kepada pelajar memerlukan menjelang akhir tahun ini."Kerjasama dengan MAIWP diteruskan lagi pada tahun ini menerusi Program Santun Pelajar McDonald’s Malaysia bersama KPMAIWP."Dalam program itu, baucar Nasi Mekdi diagihkan kepada pelajar asnaf di 20 institusi pengajian tinggi (IPT) oleh semua HEP terlibat."Usaha berkenaan menyumbang kepada sasaran McDonald’s Malaysia menyediakan sehingga satu juta hidangan Nasi Mekdi kepada pelajar memerlukan menjelang akhir 2026," ujarnya.Semai budaya prihatin dan ihsanSementara itu, Pengarah JAWI, Hanifuddin Roslan turut menyatakan sokongan terhadap usaha bersepadu dalam memperkasa golongan asnaf.Beliau berkata, inisiatif sebegini diharap mendapat sokongan berterusan daripada pelbagai pihak berkepentingan terutama syarikat korporat."JAWI Food Bank amat menghargai kerjasama yang telah terjalin sekian lama bersama McDonald’s Malaysia, khususnya dalam menjayakan program bantuan makanan sepanjang Ramadan."Usaha ini bukan sahaja membantu meringankan beban masyarakat asnaf, malah menyemai budaya prihatin dan ihsan dalam komuniti."Kami berharap lebih banyak pihak korporat akan tampil bekerjasama dalam inisiatif sebegini untuk memberi manfaat yang lebih besar kepada masyarakat," kata beliau.