Pakar cadang kolaborasi strategik atau pegangan saham bersasar

SHAH ALAM - Model kolaborasi strategik atau pegangan bersasar adalah pendekatan terbaik berbanding penggabungan penuh pengambilalihan Sunway Bhd ke atas keseluruhan 3.51 bilion saham dalam IJM Corp Bhd.Pakar Kewangan Islam, Dr Razli Ramli berkata, pengambilalihan tersebut perlu dinilai berdasarkan kerangka strategi korporat, pengurusan risiko sistemik, tadbir urus berintegriti dan kepentingan nasional jangka panjang."Bukan melalui lensa keuntungan pemegang saham semata-mata," tegasnya yang juga Ketua Strategi dan Pengurusan Risiko, Azman Hashim International Business School, Universiti Teknologi Malaysia (UTM).Ujarnya, dari perspektif risiko pasaran, penggabungan berskala besar ke-biasaannya akan mencetuskan ketidaktentuan jangka pendek terhadap harga saham, penilaian semula dan persepsi pelabur institusi.Menurutnya, pelabur akan menilai risiko integrasi operasi, hutang tambahan dan potensi pencairan nilai."Risiko key man risk, risiko reputasi dan risiko kebergantungan kepada satu struktur kepimpinan menjadi lebih signifikan sekiranya strategi pemusatan dilaksanakan tanpa imbangan kawalan dalaman yang kukuh."Dalam jangka panjang, kemudaratan yang mungkin timbul termasuk penguncupan ruang persaingan industri, peningkatan kepekatan pasaran atau market concentration."Selain itu, wujud risiko marginalisasi pemain tertentu dalam ekosistem pembinaan dan infrastruktur," katanya.Beliau menegaskan, dalam teori strategi, persoalan utama mengenai pengambilalihan saham itu ialah sama ada entiti gabungan akan mengamalkan pendekatan pemusatan atau penyah-pusatan dalam membuat keputusan.Menurutnya, tahap pemusatan terlalu tinggi dalam sektor yang melibatkan aset infrastruktur strategik negara berpotensi meningkatkan risiko tumpuan kuasa, konflik kepentingan dan risiko sistemik sekiranya berlaku kegagalan tadbir urus.Justeru, kata Razli, isu berkenaan bukan semata-mata pertimbangan komersial tetapi menyentuh dimensi keselamatan ekonomi dan keseimbangan pemilikan korporat."Iaitu membabitkan kepentingan nasional kerana IJM mempunyai pegangan dalam aset dan projek infrastruktur yang bersifat strategik kepada pembangunan negara," ujar beliau.