Polis peroleh petunjuk kes samun bersenjata di Sungai Pelek

SHAH ALAM – Polis telah memperoleh beberapa maklumat penting yang boleh membantu mengenal pasti suspek terlibat dalam kejadian samun bersenjata di sebuah rumah di Taman Aman, Sungai Pelek dekat Sepang, minggu lalu.Kejadian kira-kira jam 2.30 pagi pada 12 Mac itu melibatkan sekumpulan lelaki yang dipercayai memecah masuk rumah mangsa sebelum menyerang seorang lelaki berusia 35 tahun.Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, siasatan awal mendapati terdapat beberapa petunjuk positif yang sedang diteliti bagi mengesan individu terlibat."Setakat ini kita telah memperoleh beberapa maklumat penting yang boleh membantu mengenal pasti suspek."Polis sedang menjejaki maklumat tersebut bagi mengesan individu yang terlibat dalam kejadian itu," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini pada Isnin.Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan sama ada rumah mangsa menjadi sasaran khusus atau dipilih secara rambang kerana siasatan lanjut masih dijalankan."Perkembangan lanjut kes ini akan dimaklumkan dalam satu kenyataan media yang dijangka dikeluarkan sama ada oleh saya atau Ketua Polis Daerah Sepang dalam masa terdekat," katanya.Terdahulu, Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian samun bersenjata tersebut pada 13 Mac lalu.Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa yang merupakan lelaki warga tempatan berusia 35 tahun berada di rumah bersama ahli keluarganya sebelum didatangi sekumpulan suspek dipercayai seramai empat orang.Beliau berkata,suspek dipercayai bersenjatakan senjata dan bertindak menyerang mangsa sehingga menyebabkan lelaki itu mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan.Ujar beliau, mangsa kemudiannya mendapatkan rawatan di Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.