Konflik Asia Barat: Penerbangan domestik tidak terjejas

PUTRAJAYA - Kementerian Pengangkutan (MOT) memberi jaminan bahawa konflik geopolitik Asia Barat tidak akan menjejaskan penerbangan domestik menjelang musim cuti perayaan Aidilfitri. Malah tegas Menterinya, Anthony Loke, penerbangan sempena perayaan itu ditambah bagi memenuhi keperluan rakyat. "Operasi penerbangan berjalan seperti biasa dan tidak ada penerbangan domestik yang dibatalkan," katanya menerusi sidang akhbar di sini pada Isnin. AKAN MENYUSUL