PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia telah menegaskan kepentingan untuk berusaha mengelakkan ketegangan yang semakin memuncak di Asia Barat daripada mencetuskan konflik lebih besar dalam kalangan negara Islam.Beliau berkata, perkara itu disampaikan semasa pusingan kedua perbincangan dengan pemimpin Iran, Oman, Arab Saudi, Qatar, Kuwait, Emiriah Arab Bersatu dan Turkiye baru-baru ini."Dalam pusingan kedua perbincangan dengan para pemimpin berkenaan, kita (Malaysia) turut menyuarakan kebimbangan kerana walaupun pelaku ialah Israel dan pihak yang menyokongnya, kesannya dirasai di seluruh dunia Islam terutama di Timur Tengah, Turkiye serta Azerbaijan."... kini, disebabkan peperangan yang berpanjangan dan serangan berterusan, kita menyaksikan kesannya telah merebak ke seluruh dunia," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Mushaf Malaysia Madani di sini pada Isnin.Anwar berkata, Menteri Luar Iran turut memberikan jaminan kepada beliau bahawa ketegangan yang tercetus susulan konflik negara itu dengan Israel dan Amerika Syarikat tidak akan memuncak sehingga mengakibatkan pertempuran dalam kalangan negara Islam. - Bernama