Kebanyakan negeri diramal alami cuaca cerah semasa Aidilfitri - MetMalaysia

KUALA LUMPUR - Kebanyakan negeri diramal mengalami cuaca cerah sepanjang tempoh Aidifiltri bermula 20 hingga 22 Mac ini.Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan hari ini memaklumkan pada pagi 20 Mac, hampir semua negeri mengalami cuaca cerah kecuali Perak dan Tawau, Sabah, manakala sebelah petang dan malam hujan atau ribut petir dijangka berlaku di beberapa kawasan antaranya di Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Pahang serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.Keadaan sama juga diramal berlaku di Pantai Barat, Pedalaman dan Tawau, Sabah serta Bahagian Kapit, Miri dan Limbang di Sarawak.Pada keesokan harinya iaitu 21 Mac, hujan dijangka melanda Perak pada sebelah pagi manakala ribut petir dan hujan di Selangor, Negeri Sembilan dan Sarawak (Bahagian Kuching, Serian, Samarahan dan Sri Aman), Kuala Lumpur dan Putrajaya pada waktu petang.Keadaan itu dijangka berterusan sehingga malam dengan Johor dan Tawau, Sabah turut terlibat.Sementara itu, pada 22 Mac, ribut petir dan hujan dijangka berlaku pada waktu petang di Sabah (Pantai Barat dan Sandakan) dan Sarawak (Kuching, Serian, Samarahan dan Sri Aman).MetMalaysia menyeru orang ramai supaya merancang perjalanan ketika musim perayaan Aidilfitri supaya perjalanan mereka lebih baik dan selamat.Dalam pada itu, MetMalaysia meramalkan cuaca panas dan kurang hujan berterusan di kebanyakan kawasan di Semenanjung Malaysia, khususnya di bahagian utara dan kawasan pedalaman hingga akhir Mac ini.Bagaimanapun, berdasarkan analisis model ramalan cuaca, ribut petir untuk tempoh singkat masih berpotensi berlaku terutama di kawasan barat Semenanjung pada lewat petang dan awal malam.MetMalaysia menasihatkan orang awam agar sentiasa merujuk laman web rasmi jabatan itu di www.met.gov.my serta mengikuti media sosial rasmi MetMalaysia untuk mendapatkan maklumat cuaca terkini dan tepat.Orang ramai juga digalakkan memuat turun aplikasi myCuaca bagi mendapatkan maklumat cuaca yang pantas dan sahih. - Bernama