Ejen nafi khabar angin Xabi Alonso ke Liverpool

SPEKULASI mengenai masa depan bekas pemain tengah Sepanyol, Xabi Alonso kembali hangat apabila namanya dikaitkan dengan Liverpool bagi menghadapi musim depan.Laporan media sebelum ini mendakwa Alonso sudah mengadakan perbincangan dengan pihak pengurusan kelab dari Anfield itu, sekali gus mencetuskan persoalan mengenai kedudukan pengendali Liverpool ketika ini, Arne Slot.Alonso ketika ini tidak terikat dengan mana-mana kelab selepas berpisah dengan Real Madrid, sekali gus membuka ruang untuk beliau kembali membimbing mana-mana pasukan di Eropah.Namun, di sebalik spekulasi yang semakin rancak diperkatakan, ejen kepada Alonso, Inaki Ibanez tampil memberikan penjelasan bagi meredakan khabar angin berkenaan.Menurut Ibanez, semua laporan yang mengaitkan Alonso dengan Liverpool setakat ini hanyalah spekulasi media."Alonso sedang mempertimbangkan semua tawaran yang diterimanya bagi menentukan destinasi seterusnya untuk musim depan."Semua cerita mengenai kontrak dengan Liverpool hanyalah spekulasi media," katanya.Sebenarnya, khabar angin yang mengaitkan Alonso dengan Liverpool bukan perkara baharu apabila kelab itu pernah menunjukkan minat untuk mendapatkan khidmatnya ketika beliau masih mengendalikan Bayer Leverkusen.Bagaimanapun, pendekatan Liverpool ketika itu tidak berhasil apabila Alonso memilih meneruskan projeknya bersama kelab dari Jerman itu.Kini, selepas berpisah dengan Real Madrid, spekulasi berhubung kemungkinan beliau kembali ke Anfield kembali diperkatakan.Alonso sebelum ini pernah beraksi bersama Liverpool selama lima musim dan menjadi antara tonggak penting pasukan ketika itu, sekali gus membuatkan beliau cukup memahami budaya serta tekanan bermain di Anfield.Dalam masa sama, kedudukan Slot juga mula menjadi perhatian selepas prestasi Liverpool pada musim berikutnya dilihat kurang memberangsangkan.Jika Liverpool membuat keputusan untuk menukar pengendali pasukan, Alonso dilihat antara calon yang berpotensi mengisi kekosongan itu berdasarkan pengalamannya mengendalikan kelab besar seperti Real Madrid.