SHAH ALAM – Saat Ramadan menjelang ke penghujungnya, kehangatan bulan mulia bukan sahaja dirasai di meja makan rumah-rumah mewah, tetapi lebih dirasai di hati mereka yang kurang bernasib baik.Program Iftar Asnaf anjuran Sinar Harian dengan kerjasama penaja Redoxon hadir sebagai sinar harapan buat keluarga asnaf di Selangor.Program dilaksanakan membawa bukan sahaja juadah berbuka tetapi juga perhatian, kasih sayang, sokongan moral dan kesihatan kepada mereka yang sering tersembunyi di sebalik cabaran kehidupan seharian.Pengurus Besar Jualan Iklan Sinar Harian, Airol Fadley Limin berkata, lawatan itu merangkumi tiga rumah penerima sumbangan dan merupakan kunjungan terakhir dalam siri program Iftar Asnaf tahun ini."Untuk program Iftar Asnaf tahun ini, kami melawat tiga buah rumah di sekitar Selangor bagi menyampaikan sumbangan iftar Ramadan."Penerima-penerima sumbangan ini adalah golongan asnaf yang menerima zakat dari Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan nama mereka dicadangkan oleh pihak berkenaan," ujarnya.Beliau berkata, pihak penganjur gembira dan bersyukur kerana berpeluang menyantuni, berjumpa serta melawat sendiri keluarga asnaf terbabit di Meru, Kampung Delek dan Rantau Panjang di Klang."Alhamdulillah, kami sangat gembira dapat bertemu dan menyantuni mereka. Program ini juga dapat dilaksanakan hasil tajaan daripada pihak Redoxon."Bagi pihak Sinar Harian, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Redoxon kerana bersama-sama kami menyantuni rakyat Selangor," ujarnya selepas berakhir kunjungan ke rumah ketiga-tiga penerima.Tiga penerima sumbangan terdiri daripada keluarga ibu tunggal, keluarga berpendapatan rendah serta pasangan yang menghidap penyakit buah pinggang.Penerima pertama, Noor Aishah Gupri, 35, suri rumah dan ibu tunggal yang menjual kuih, mempunyai tiga orang anak iaitu Dian Sabrina, 12; Dian Maidarah, 10; dan Arif Hilman, 9.Noor Aishah bercerai pada 2018 dan kini membesarkan anak-anak seorang diri, termasuk anak kedua yang terlantar dan memerlukan penjagaan sepenuhnya."Saya bekerja dari rumah dan perlu menguruskan anak-anak yang bersekolah. Pada masa sama juga saya perlu mencari rezeki untuk menampung perbelanjaan kami sekeluarga."Memang penat dari segi emosi dan masa kerana saya hampir tiada masa untuk diri sendiri. Anak yang sakit memerlukan bantuan sepenuhnya daripada saya kerana dia terlantar," ujarnya.Selain bantuan barangan keperluan harian, Noor Aishah turut menerima wang tunai RM1,000 serta produk Redoxon Triple Action dengan Formula Tindakan Tiga, yang mengandungi vitamin C, vitamin D dan zink untuk menyokong kesihatan menyeluruh tubuh badan.Beliau bersyukur kerana masih menerima perhatian daripada pelbagai pihak termasuk bantuan bulanan LZS dan pihak Sinar Harian serta rakan penaja, Redoxon yang tampil menghulurkan bantuan."Alhamdulillah, bantuan ini sangat bermakna. Mungkin bagi orang lain kecil, tetapi bagi kami ia sangat besar dan membawa kegembiraan kepada keluarga kami," ujarnya.Penerima kedua, Norlia Abdul Rahim, 43, ibu kepada enam anak pula berkata, kehidupannya kini banyak tertumpu kepada menjaga anak yang memerlukan perhatian, selain menguruskan anak-anak lain yang masih bersekolah.Suaminya, Izwan Idris, 54, yang tidak mempunyai pekerjaan tetap, banyak membantu menjaga keluarga dan mengambil upah kerja kampung serta pendawaian mengikut kemampuan."Memang sangat mencabar daripada mereka kecil sampai sekarang sudah besar, perbelanjaan seperti duit sekolah dan keperluan harian semakin banyak. Tetapi Alhamdulillah, bantuan zakat sangat membantu kami," ujarnya.Anak-anak Noriah ialah Adam Izwan, 18; Dya Adreena, 17; Dya Adriani, 16; Adib, 14; Adrian, 9; dan Dya Adreesha, 6.Seiring Noor Aishah, Norlia turut menerima barangan keperluan harian, wang tunai RM1,000 serta produk Redoxon Triple Action bagi membantu menyokong kesihatan keluarga mereka.Beliau berterima kasih kepada Redoxon dan Sinar Harian kerana sudi menyantuni keluarga mereka sepanjang bulan Ramadan.Penerima ketiga, pasangan pesakit buah pinggang, Mohd Zaidan Basiri, 49, dan isterinya, Juliyati Mat Jusoh, 46, pula menerima sumbangan dengan penuh kesyukuran.Juliyati menjalani rawatan dialisis selama tiga tahun, manakala suaminya hampir dua tahun.Pasangan itu mempunyai empat orang anak iaitu Norfitrah Qalisya, 15; Mohamad Fathah Qaid, 14; Norfityah Qahirah, 9; dan Norfatehah Qaisara, 5.Juliyati berkata, mereka tidak mampu melakukan kerja tetap kerana keadaan kesihatan dan hanya membuat kerja sambilan secara part time."Kerja sambilan ini dilakukan sekejap-sekejap supaya tidak menjejaskan kesihatan. Pendapatan sekitar RM2,000 sebulan digunakan untuk menampung keperluan harian dan perbelanjaan anak-anak."Bantuan zakat serta sumbangan lain sedikit sebanyak meringankan beban kami," ujarnya.Juliyati menekankan bahawa walaupun keluarga mereka serba sederhana, keutamaan tetap diberikan kepada anak-anak terutama menjelang Aidilfitri."Bagi kami yang sakit ini, tidak mengapa jika pakai apa yang ada. Yang penting anak-anak dapat menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan gembira."Dengan bantuan daripada Redoxon dan Sinar Harian, termasuk barangan keperluan harian, wang tunai RM1,000 dan produk Redoxon Triple Action, insya-ALLAH dapatlah kami membeli baju raya untuk anak-anak. Terima kasih kepada semua yang membantu," ujarnya.Maklum balas positif daripada ketiga-tiga keluarga penerima ini menunjukkan bahawa program seperti Iftar Asnaf memberi impak yang besar, bukan sahaja dari segi bantuan fizikal tetapi juga sokongan moral serta kesihatan kepada masyarakat kurang bernasib baik di Selangor.