TAWAU - Berang ditegur rakan sekerja kerana nasi belum dimasak, seorang lelaki bertindak luar kawalan menetak tangan rakannya dalam kejadian di sebuah restoran di Kubota Sentral di sini pada Ahad.Dalam kejadian tersebut, mangsa yang mengalami kecederaan di bahagian tangan segera mendapatkan rawatan di Hospital Tawau.Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, laporan polis juga dibuat berhubung kejadian itu."Menurut maklumat, semasa berada di tempat kerja di sebuah restoran, mangsa telah menegur suspek yang juga rakan sekerjanya kerana mendapati nasi belum dimasak."Suspek yang ditegur tiba-tiba menjadi emosi dan bertindak luar kawalan lalu menetak bahagian tangan kiri mangsa menggunakan pisau pemotong ikan sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Katanya lagi, mangsa kemudian mendapatkan rawatan di hospital dan laporan polis turut dibuat berhubung kejadian tersebut."Susulan insiden mendatangkan kecederaan itu, sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Tawau telah mengesan suspek yang berusia 21 tahun."Suspek yang juga pekerja di restoran tersebut berjaya ditahan di sekitar kawasan tepi jalan Jalan Habib Hussein di sini."Turut dirampas pisau berukuran 33 sentimeter dan plastik putih dipercayai ada kaitan dengan kes yang disiasat," katanya.Jasmin berkata, kes masih dalam siasatan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.