KOTA BHARU - Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan beranggapan ia bukan sesuatu yang pelik sekiranya Khairy Jamaluddin atau KJ menyertai semula UMNO."Apa pun tidak peliklah kalau bekas ahli UMNO hendak masuk UMNO balik. Yang peliknya bekas ahli UMNO masuk Pas."Jadi bekas ahli UMNO yang digantung masuk semula itu biasalah. Itu bukan satu fenomena yang pelik," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai kemasukan semula KJ bersama UMNO pada Selasa.Beliau berkata, perkara itu diterimanya secara terbuka dan ia merupakan satu proses demokrasi di mana setiap orang bebas untuk menyertai mana-mana pertubuhan.Sinar Harian melaporkan bekas Ketua Pemuda UMNO itu menyerahkan surat rayuan untuk kembali bersama UMNO pada Ahad.Perkembangan itu dikongsikan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Facebooknya pada Isnin.