Kerajaan digesa beri penjelasan kehadiran Kulasegaran iringi Arun ke mahkamah - Radzi Jidin

SHAH ALAM – Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Dr Mohd Radzi Jidin mempersoalkan tindakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), M. Kulasegaran mengiringi aktivis, Arumugam Dorasamy ke mahkamah pada Selasa.Menurut beliau, kerajaan perlu memberi penjelasan segera berhubung kewajaran kehadiran Ahli Parlimen Ipoh Barat itu bersama individu yang dituduh."Wajarkah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri hadir ke mahkamah bersama seorang individu yang dituduh?"Kerajaan perlu memberi penjelasan segera," katanya ringkas menerusi hantaran di Facebook.Gesaan sama turut disuarakan oleh Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Johor, Mohd Faezuddin Puad yang meminta Kulasegaran menjelaskan kapasiti kehadirannya itu.Katanya, penjelasan itu penting bagi memastikan tindakan berkenaan tidak menimbulkan persepsi negatif kepada kerajaan."Kita tidak mahu perkara ini memberi gambaran yang salah kepada rakyat, seolah-olah kerajaan memihak kepada Arun atau cuba menunjukkan sokongan politik terhadap beliau."Kita bimbang juga tindakan ini boleh merosakkan imej Kerajaan Madani dan Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) di mata rakyat Malaysia," katanya.Terdahulu, Arun, 56, ditemani Kulasegaran dan barisan peguamnya tiba di mahkamah bagi menghadapi pertuduhan di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan berkaitan sebuah video di aplikasi WhatsApp.Beliau didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan melalui video yang dimuat naik di Instagram miliknya.