4,000 bebas muflis sempena Aidilfitri - PM

PUTRAJAYA - Dianggarkan sekitar 4,000 individu terutama ibu dan bapa tunggal akan dibebaskan daripada belenggu kebankrapan secara 'fast track' sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ikhtiar pelepasan kebankrapan itu merupakan sebahagian langkah untuk meringankan beban rakyat."Kerajaan Madani menerusi Jabatan Insolvensi akan melaksanakan ikhtiar pelepasan kebankrapan secara 'fast track'."Semua langkah ini adalah manifestasi nilai ihsan dan kemanusiaan yang menjadi teras kerajaan dalam memastikan rakyat terus menikmati manfaat daripada kemakmuran yang kita usahakan bersama," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Pada masa sama, beliau turut mengulangi nasihat supaya rakyat terus berbelanja secara berhemah sepanjang meraikan Syawal."Dalam keadaan ekonomi dunia yang masih tidak menentu, semua pihak perlu mengurus kewangan secara berdisiplin sebagai persediaan menghadapi ketidaktentuan pada masa hadapan," katanya.