Tamim Dahri dikesan di Riyadh, mahkamah tangguh pertuduhan

LANGKAWI – Mahkamah Majistret di sini menangguhkan pertuduhan terhadap aktivis Tamim Dahri Abdul Razak sehingga 15 Mei depan selepas tertuduh dikesan berada di Riyadh, Arab Saudi.Majistret Hemy Annerina Haja Mydin menetapkan tarikh baru selepas Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Khairul Anuar Abdul Halim, memohon tempoh sekurang-kurangnya dua bulan untuk membolehkan tertuduh dibawa ke mahkamah.Dalam prosiding di Mahkamah Majistret tersebut, Tamin Dahri yang dijadualkan didakwa pada Selasa keluar dari negara ini melalui Bukit Kayu Hitam ke Thailand pada 9 Mac.Tertuduh telah dikesan ke Arab Saudi melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Bangkok, Thailand.Walaubagaimanapun, pihak pendakwaan memberitahu mahkamah belum dapat mengesahkan sama ada tertuduh menggunakan visa pelancong atau visa umrah.Pada Isnin, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail, mengesahkan empat individu termasuk Penyelaras Himpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH), Zamri Vinoth dan aktivis, Arun Dorasamy, akan didakwa berkaitan kes provokasi agama pada Selasa.Selain Zamri Vinoth dan Arun Dorasamy, dua lagi yang akan dituduh ialah Tamim Dahri dan P Mahendra Boopathy.Tamim Dahri akan dituduh di Mahkamah Langkawi mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan kerana didakwa merosakkan objek soolam, simbol suci bagi penganut Hindu di tapak lama Kuil Sri Maha Muniswarar di Langkawi, Kedah.