Van sekolah terbakar selepas hantar murid ke sekolah

BUKIT MERTAJAM – Sebuah van sekolah musnah dalam kebakaran berhampiran Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), Jalan Perda Utama, Bandar Perda di sini pada petang Selasa.Dalam kejadian kira-kira jam 3.48 petang itu, van jenis Toyota Hiace berkenaan dilaporkan dalam perjalanan dari Perda ke Desa Rambai selepas selesai menghantar murid ke sekolah.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Perda bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan."Jentera tiba di lokasi pada jam 3.51 petang dengan jarak kira-kira tiga kilometer dari balai."Kebakaran melibatkan sebuah van sekolah dengan anggaran kemusnahan sebanyak 80 peratus," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.Menurutnya, operasi pemadaman diketuai seorang komander bersama enam anggota."Pasukan bomba menjalankan ‘size up’ dengan memakai peralatan perlindungan diri lengkap serta mengaplikasikan konsep RECEO sebelum memulakan operasi pemadaman secara ‘direct attack’."Kebakaran berjaya dikawal pada jam 3.59 petang dan dipadamkan sepenuhnya pada jam 4.02 petang. Operasi tamat sepenuhnya pada jam 4.22 petang," ujarnya.Tambah beliau, tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam insiden berkenaan."Pemilik kenderaan, seorang lelaki berusia 62 tahun juga tidak mengalami sebarang kecederaan."Kes seterusnya diserahkan kepada Pasukan Penyiasatan Kebakaran (FIO) untuk tindakan lanjut bagi mengenal pasti punca kejadian," katanya.