Bapa saksi anak dibaham buaya depan mata

KINABATANGAN - Seorang bapa berdepan detik memilukan apabila menyaksikan anaknya menjadi mangsa dibaham buaya dalam kejadian di Kampung Segaliud pada Selasa.Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, mangsa, Mohd Rayyan Abdullah, 28, dilaporkan hilang daripada pandangan selepas disambar haiwan berkenaan ketika berada di sungai.Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan, Hairi Otuh berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 8.22 malam."Komander operasi melaporkan terdapat seorang mangsa dibaham buaya ketika menjalankan aktiviti menjala udang di sungai."Menurut bapa mangsa yang turut berada di lokasi, anaknya telah dibaham buaya di hadapannya sendiri," katanya dalam kenyataan pada malam Selasa.Mengulas lanjut, beliau berkata, seramai empat anggota digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 30 kilometer dari BBP Kinabatangan."Pasukan bomba segera bergegas ke lokasi bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR)," katanya