Anwar berjaya batal saman Waytha Moorthy

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya dalam permohonannya di Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu, untuk membatalkan saman bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy berhubung pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri dan Ahli Parlimen Tambun.Hakim Alice Loke Yee Ching memutuskan demikian selepas menolak saman pemula Waytha Moorthy yang difailkan tahun lalu.Beliau berkata mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar saman berkenaan kerana ia sepatutnya difailkan melalui petisyen pilihan raya.Mahkamah kemudian mengarahkan Waytha Moorthy membayar kos sebanyak RM80,000 kepada Anwar.AKAN MENYUSUL